Duhai Mahasiswa Islam..bangkitlah!!

Rabu, 18 November 2009



Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..Hari ini 19 November 2009 bersamaan dengan 02 Zulhijjah 1430H pada jam 12.43am, saya mulakan kisah saya ini dengan lafaz yang mulia بسم الله الرحمن الرحيم (dengan nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang)... Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhaanallah Ta'ala kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat lagi bagi saya untuk berukhuwwah bersama para sahabat di ruangan 'Cinta Teragung' ini.

Setelah sekian lama saya hanya mampu untuk copy & paste dari koleksi simpanan saya. Insya Allah pada hari ini saya cuba untuk berceloteh atau berkongsi serba sedikit cerita sepanjang saya berada di bumi mu'allim ini bersama gambar-gambar yang sempat diedit dari simpanan saya. Semalam, pada 18 November 2009 jam 2.30pm saya dan sahabat seangkatan dengan saya telah berjaya mengakhiri peperiksaan akhir semester bagi sesi 2009/2010 dengan madah terakhir kami seperti yang tercatat dalam jadual prperiksaan iaitu Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar . Madah ini merupakan salah satu subjek Universiti yang wajib diambil di UPSI bagi sesi ini kerana ia banyak membekalkan tip-tip atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang perlu dititikberatkan oleh setiap bakal guru. Subjek ini sebagai persediaan awal dan memupuk minat para mahasiswa/wi untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti suatu masa kelak.

Alhamdulillah kami dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan. Hanya pada-Mu Ya Allah, tempat kami bergantung harap dan kami bertawakkal kepada-Mu setelah apa yang telah kami usahakan selama ini. Allah telah mempermudahkan segala urusan kami..Alhamdulillah..Harapan saya, moga kita semua membetulkan niat kita dalam mencari redho Allah..Berada di bumi mu'allim bukan hanya semata-sama belajar disini selama empat tahun untuk menjadi guru di sekolah kelak. Sebaiknya kita pergunakan masa yang ada ini dengan membetulkan niat kita. Niat menuntut ilmu semata-mata mencari redho Allah, mendekatkan diri kepada Allah, dan seterusnya dimanfaatkan ilmu dengan jalan dihendaki-Nya serta menyebarkan kepada orang lain.

Mahasiswa Islam sepatutnya bukan hanya disibukkan dengan assignment, project, atau final exam malah perlu diperluaskan skop ini supaya melahirkan insan yang benar-benar berkualiti dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan keempat-empat elemen ini perlu diambil kira untuk melayakkannya digelar sebagai seorang mahasiswa yang sebenar. Gunakanlah masa berada di alam ini dengan sebaiknya. Libatkanlah diri dengan aktiviti-aktiviti berpersatuan atau program-program outdoor bagi mentarbiah diri serta dapat membentuk sahsiah diri yang benar-benar berkualiti. Melatih diri sebelum melangkah ke alam yang lebih mencabar iaitu keembali ke alam persekolahan dengan status yang baru, bukan lagi sebagai pelajar sekolah, bukan juga mahasiswa univerviti sebaliknya status seorang pendidik.

Ayuhlah..duhai sahabat seperjuangan. Marilah kita perbaiki tasawwur kita sebelum ini yang menganggap bahawa menuntut ilmu ini hanyalah memenuhi aqal kita dengan maklumat-maklumat, bila tiba akhir tahun / sesi / semester kita kosongkan segala maklumat tadi di kertas-kertas jawapan. Hakikatnya, kita dituntut untuk mempersiapkan diri sebagai individu yang berthaqafah memahami tuntutan kehidupan dan menterjemahkan dalam kehidupan harian. Di samping itu, kita perlu mengetahui aspek akhlak adalah lebih penting daripada aspek akademik. Kita perlu mementingkan jujur, amanah , menepati janji, lemah lembut dan segala akhlak islami. Selain itu, kesempurnaan dalam perlaksanaan ibadah terutamanya solat berjemaah, mentaati ibu bapa , memilih sahabat handai yang terbaik, aspek kebersihan dalaman diri e.g jauhi hasad dengki, riak , dan sebagainya. Hiasilah diri dengan taqwa, ikhlas, dan rasa tawaduk dalam menuntut ilmu.

Perjuangan kita masih belum berakhir, perjalanan kita masih terlalu jauh untuk diredahi, penuh beronak-duri, ujian dan cabaran yang bertimpa-bertimpa bukan bertujuan untuk menghukum kita, tetapi sebenarnya Allah ingin melatih kita untuk menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Ingatlah akan janji Allah. Bersabarlah..Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Hadapilah segalanya dengan jalan penyelesaian yang penuh berhikmah. Berpegang teguhlah dengan panduan al-Qur'an dan as-sunnah. Luangkanlah masa bersama Allah..Letakkanlah pergantungan kita hanya kepada Allah..


"Duhai mahasiswa Islam..bangkitlah dari lenamu yang panjang, jangan kita terpedaya dengan kenikmatan duniawi yang hanya sementara ini."

"Dalam kita melangkah, terkadang diuji dgn ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa..Tapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dr keikhlasan."
"Bila hati berjuang kerana Allah, kejayaan dianggap hanya satu mimpi indah, Andai ditakdirkan rebah, hati tetap redho kerana Allah S.W.T."







0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta