KELUARGAKU..AKU SAYANG KALIAN
Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah dengan izin-Nya dapat lagi aku memasuki ruang blog ini. Hari ini 2/11/09 adalah hari pertama aku Final Exam bagi Semester 1 sesi 2009/2010 bermakna dah tiga semester aku berada di bumi muallim ini. Serasa baru semalam keluarga menghantarku untuk mendaftarkan diri disini.
Pada saat sahabat-sahabat sedang sibuk mengulangkaji pelajaran..kerinduanku kepada keluarga mula menggamit ingatan terhadap mereka. Harapan mereka begitu tinggi untuk melihatku menggenggam segulung ijazah kelak dan menjadi pendidik yang bertauliah dan dapat memberi manfaat kepada keluarga,agama,masyarakat dan negara..Alangkah beratnya tanggungjawab dan amanah yang sedangku galas ini..dan aku yakin..sahabat-sahabat pun memikul tanggungjawab yang sama.
Hampir 3 bulan aku membina blog Cinta Teragung ini, dengan harapan dapat berkongsi ilmu, pendapat dan masalah bersama sahabat-sahabat sekalian sekaligus dapat mengukuhkan ukhuwwah sesama kita. Tidak Kenal Maka Tak Cinta kan?? Ok..saya Nasuha Binti Ibrahim, anak ke-7 daripada 7 orang adik-beradik. Asal Kota Bharu Kelantan. Nak kenal keluarga saya?? Ok jom tengok gambar2 kat bawah ni..

Berakhirlah sudah serba sedikit tentang keluargaku..hu2..Oh..ye..mesti sahabat2 tertanya2..ke mana perginya ayah saya? ayah sy tlh kembali ke pangkuan-Nya ms umur sy 7 tahun..kerana strok n darah tinggi..Al-Fatihah utk ayahandaku..moga dirinya ditempatkan bersama-sama org yg b'iman dan para solihin..aamiin..bersyukurla bg sahabat2 yg masih memiliki ayah..hargailah mereka seadanya..
SEKIAN SAHAJA CORETAN DARIPADA SAYA UTK TATAPAN KALIAN..
0 comments:
Catat Ulasan