SaLaM iMtiHaN

Rabu, 14 April 2010


بالتوفيق مع النجاح

"Saya terjumpa kata-kata berikut dua hari lepas di dewan makan, salah sebuah motel di Fox Glacier, NZ: "YOU CAN'T CHANGE THE PAST, BUT YOU CAN MAKE CHOICES FOR THE FUTURE" . Wow, cantik dan cukup hebat kata-kata itu. Mari kita teliti. Ya, apa jua yang berlaku ke atas diri kita pada masa lalu tidak boleh diubah lagi ... kegagagalan dalam percintaan ... keputusan peperiksaan yang lemah ... kesilapan membuat keputusan dalam pelaburan ... terlanjur dalam percakapan dengan seseorang ... malah apa jua yang telah berlaku, sudah berlaku dan tidak boleh diperbetulkan. Kita tidak boleh masuk terowong masa untuk kembali ke masa lampau. Habis. Tamat."

ShukriAbdullah~


http://drshukri2011.blogspot.com/2010/02/yang-lepas-tak-boleh-diubah.html


Hidup ini hakikatnya adalah Gelanggang Mujahadah! Kita disini untuk menanam, Di sana (Akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memangnya payah- mencangkul, membaja, menjaga daripada serangan serangga dan pelbagai kesusahan. Apabila menuai nanti, baru terasa nikmat dan seronoknya.

NO PAIN, NO GAIN - Tidak ada sakit, Tidak ada ganjaran. Mujahadah itu adalah Wajib.

Menentang hawa nafsu samalah menentang diri-sendiri. Terseksa. Ini menyebabkan satu mujahadah selalu patah atau mengalah sebelum berjuang. Hakikatnya, kita terlalu sayangkan diri, sering memanjakan diri-sendiri kerana takut disakiti. Sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya hanyalah banyak berehat. Pahit sedikit mengeluh, pedih sekelumit sudah mengaduh.

~Sebahagian jari yang menuding, mungkin perlu balik kepada diri-sendiri juga.~



Pahrol Mohamad Juoi, Solusi : Bagaimana Mendapat Hidayah Taufik?, Isu ke-12.Hlmn.20.








Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta