Saya Sayang Awak kerana Allah

Selasa, 30 Julai 2013
Duhai sahabatku sayang..
sesungguhnya saya sangat2 sayangkan awak kerana Allah swt..
saya tak sanggup disebabkan dosa2 yang awk lakukan...
mengheret sekali ayah,abang @ suami awak ke neraka...

Sahabatku sayang..
cuba semak balik facebook awak..
semak gambar2 yang awk uploud..
Adakah menepati apa yang Allah suruh?
Adakah menutup aurat dengan sempurna???

Sahabatku sayang..
Saya sayang sgt2 kat awk..
Saya selalu mencari peluang untuk berbaik2 & nasihat awk..
Sebab saya takut..di hari perhitungan kelak..
Allah tanya saya..: "Adakah saya pernah menasihati awk???"

Sahabatku sayang..
Saya berkata-kata ni bukan nak tunjuk saya dah cukup baik..
Saya bukanlah yang terbaik..
Cuma, saya cuba menyampaikan sesuatu kebaikan walau sepotong ayat..
Dan saya juga sedang cuba mendidik diri saya agar seiring dengan kata2 saya..

Sahabatku sayang,
Andai awak mendapati saya lalai & leka..
Tolong..tolong nasihati saya..
Sesungguhnya saya cuma insan hina,
terlalu kerdil di sisi Allah swt..

Wallahu subhanahu wa ta'ala a'lam..

Jadikan Ramadhan kali ni sebagai batu loncatan untuk kita HIJRAHKAN DIRI MENUJU REDHA ALLAH..
................................................................................
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR..
"Kullu nafsin zaaiqotul mauut.."

Muqoddimah 2012/2013

Selasa, 6 November 2012
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh..Alhamdulillah,bersyukur di atas ni'mat iman dan Islam yang masih dikecapi tika ini..

Sudah setahun saya tidak meng'update' blog saya ini disebabkan oleh kekangan waktu yang menghambat diri..tahun 2011 merupakan tahun yang paling kritikal bagi saya sebagai seorang penuntut tahun akhir di UPSI. Tahun 2011 juga, saya melalui tiga semester sekali gus iaitu semester 6 (Disember 2010-April 2011), semester 7 (Mei 2011-Ogos 2011) dan semester 8 (September 2011-Januari 2012)..

Namun, segalanya telah berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah, kini saya dah berjaya menamatkan pengajian walau pun pada semester 8 itu agak tergugat juga sebab terpaksa mengambil 23jam kredit (7 subjek pada semester akhir ditambah pula dengan tugasan untuk menyiapkan latihan ilmiah..

Sepanjang tahun 2012 ini pula, memang tersangat lapang jika dibandingkan tahun-tahun lepas. Namun, komitmen saya terhadap keluarga menuntut saya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga saya..Jadi suri rumah tak bertauliah,walau pun masih belum berkahwin..hehe..praktis sebelum melangkah ke alam perkahwinan..Em, ditugaskan menjaga kakak yang tidak boleh menguruskan diri sendiri, diberikan tugas mengasuh anak-anak saudara, ditambah pula dengan kewajiban saya meringankan tugas-tugas ibu saya di rumah. Alhamdulillah, saya terima segalanya dengan hati yang terbuka dan saya yakin pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi..

Menanti Cinta

Isnin, 4 Julai 2011




Assalamualaikum..


Walau terkadang terbit di lubuk hati :” siapalah aku mendambakan insani sehebat itu..andainya aku tidak sehebatnya??”..Lewat sujud ku sering mendoakan semoga diberi kekuatan oleh Allah dalam menanti cinta……


(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA
●/
/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸
/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan
...... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan
....jangan bimbang andai kita belum berpasangan
....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH
__..•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

Akhiii,,,,,,
Tidak Perlu mencari istri secantik Ratu BalQis,,,jika Diri tak Segagah Nabi Sulaiman,,,
Ukhti,,,,,
Mengapa mengharap Suami Setampan Nabi Yusuf,,Jika Diri Tak Secantik Siti Zulaikha,
Tidak perlu Mencari separti Nabi Ibrahim,Jika Diri Tak sekuat Siti sarah Dan siti Hajar,,
Akhii,,,
Mengapa Mendambakan Temen Seistimewa Siti Khadijah,jika diri Tak sesempurna Rosulullah,,
Akhii Dan Ukhti Fillah,,
Diri Mu Adalah Cerminan Pendamping Hidup Mu kelak,,,..

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Muslimah itu ANUGERAH terindah Dari Allah,,Dia lembut tapi tidak lemah,mempesona tapi tetap bersahaja,dia menjaga akhlak & kemuliaanya.Dia Istimewa dari Wanita Lainnya..Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata TERINDAH di Dunia.Semoga dia itu adalah kita..insyaAllah....amin Ya RABB.
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

Bagaikan kejutan elektrik

Selasa, 21 Jun 2011





Assalamualaikum..bersyukur dengan limpahan rahmat kasih-Nya, dapat juga berpeluang berceloteh disini pada kali ini. Hari ni masuk minggu ke-5 saya berkhidmat di SMK Pengkalan Chepa (2)..bermakna dah sebulan lebih bergelar pendidik.

Jika dulu, saya agak teragak-agak apabila ditanya oleh guru saya tentang 'apakah yang nak saya jadi apabila besar nanti?'..dengan teragak-agaknya saya menjawab..'saya nak jadi guru'... namun jauh, di sudut hati saya berkata "boleh ke aku nak jadi guru..cam tak layak je.'

Huhu..alhamdulillah, sedar tak sedar..cita-cita saya akhirnya tercapai.. saya sudah memilih jalan ini pada mula-mula saya mengisi borang UPU dahulu dan meletakkan bidang Pendidikan Islam di UPSI sebagai pilih pertama saya. Setelah melalui beberapa peringkat penapisan seperti Medsi, temuduga, semester satu sehinggalah saya semester tujuh kini..banyak yang saya pelajari dari realiti kehidupan ini.

Dan hari ini, setiap hari fikiran saya ligat memikirkan keadaan anak-anak didik saya..mencari jalan terbaik dalam proses mentarbiah mereka di samping dapat memuhasabah diri saya yang masih terlalu lemah ini..benar, mujahadah itu terlalu pahit untuk ditelan..aplikasi sabar juga terlalu sukar...

Melihat kerenah anak-anak didikku yang pelbagai ragam..menaikkan rasa amarah, kerisauan yang membuak-buak terhadap mereka..Bayangkanlah, setiap kali saya masuk..mere buat tak endah je..seolah-olah saya tidak wujud dalam kelas tersebut..sehinggakan saya terpaksa 'merasuah mereka dengan sebungkus gula-gula.' hem, barulah mereka nak dengar kata.

Berpeluang mengajar pelajar tingkatan dua begitu mencabar imanku..mencabar kesabaranku..benar kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab bahawasanya : "Didiklah anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang..kerana mereka telah dijadikan oleh Allah untuk zaman yang bukan zaman engkau." 

Mendidik anak-anak sekarang..bukan seperti mendidik anak-anak pada zaman terdahulu, perlu mengikut keadaan semasa..Bagaimanakah caranya???? saya pun masih mencari kaedah yang berkesan...


Latihan Ilmiah:Pemikiran Fathi Yakan terhadap Isu Berbilang Jama'ah

Isnin, 6 Jun 2011



Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya..saya berpeluang berceloteh di dalam teratak ukhuwwah saya ini yang diberi nama ‘Cinta Teragung’..

Sudah lama saya berhajat dan berkeinginan untuk berbicara mengenai Ta’adud Jama’ah’ atau berbilang jama’ah. Sehinggakan hati terdorong untuk membuat kajian dengan lebih terperinci berkaitan dengan isu ini yang dikatakan makin menular dalam kalangan gerakan Islam pada abad ini.

Pada semester yang lepas, iaitu ketika saya berada pada semester ke-enam. Kami dikehendaki supaya menyediakan kertas cadangan atau proposal bagi latihan ilmiah kami. Seperti yang telah diketahui, saya dari bidang Pengajian Islam dikehendaki untuk memilih salah satu tajuk yang berkaitan dengan bidang Pengajian Islam seperti bidang Pendidikan, Usuluddin, Syariah, Muamalat, Fiqh Munakahat, dan sebagainya. Saya telah memilih bidang Usuluddin atau pemikiran Islam.

Pada minggu pertama, Pensyarah saya iaitu Dr. Ibrahim bin Hashim telah menjelaskan secara umum tentang kaedah yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan proposal dan beliau memberikan kami tempoh masa selama seminggu untuk mencari tajuk yang ingin kami kaji. Sudah tentulah, pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanya bermain di benak fikiran saya adalah isu Berbilang Jamaah. Semangat yang berkobar-kobar untuk mengkaji isu ini mendorong saya untuk menemui beliau selepas waktu kuliah berakhir dan menunjukkan tajuk cadangan saya iaitu ‘Kepelbagaian Jama’ah dalam kalangan Mahasiswa IPTA.’

Beliau menolak tajuk cadangan saya kerana merasakan saya tidak mampu untuk mengkaji tajuk ini. Memang tidak dinafikan kekecewaan dan kempunan yang membuak-buak. Namun, hati tetap redha dengan penolakan ini dan saya tidak berputus asa. Otak masih ligat mencari tajuk yang sesuai, sehingga lisan terkumat-kamit seorang diri seperti orang tak betul lagak saya ketika itu. Jalan dah peduli orang sekeliling, yang penting saya dapatkan tajuk kajian dalam masa terdekat. Alhamdulillah, Allah memberi ilham kepada saya untuk mengkaji tentang Pemikiran Tokoh Islam iaitu Dr. Fathi Yakan. Dan tajuk yang menjadi pilihan saya adalah : ‘Pemikiran Fathi Yakan melalui Kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam.’

Pada hari seterusnya, saya menemui beliau lagi buat kali ke-2 dengan harapan salah-satu tajuk-tajuk yang saya kemukakan akan diterima oleh beliau. Seingat saya, sebanyak enam tajuk saya tunjukkan kepada beliau dan tajuk ‘Pemikiran Fathi Yakan melalui Kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam.’.saya letakkan pada no.1 dalam senarai. Beliau agak tertarik dengan tajuk tersebut dan sempat berkata kepada saya :”tajuk ni masih agak luas, sebenarnya awak boleh fokuskan kepada topik yang lebih kecil..awak nak kaji tentang apa?.” Dan spontan saya jawab (dengan penuh yakinnya) :” saya nak kaji tentang harakah Islam.” Beliau terus mencadangkan kepada saya :”jika begitu, baik awak kaji tentang ‘Pemikiran Fathi Yakan terhadap Metodologi Gerakan Islam’ .” Sepantas kilat, saya bersetuju dengan cadangan tersebut dan membuat kajian ‘Literature Review’ di Perpustakaan UPSI, UKM dan UM serta buku-buku tulisan beliau.

Beberapa minggu selepas itu, saya baru berkesempatan bersemuka dengan pensyarah yang menyelia latihan ilmiah saya iaitu Ustazah Wahibah Binti Thahir. Beliau melihat tajuk saya dan memberikan respon yang baik dengan mengatakan :” Tajuk enti ni masih terlalu besar untuk dikaji. Metodologi Gerakan Islam. Apa yang enti faham dengan metodologi?enti kena jelas tajuk yang nak dikaji.” Uhhuu..nak luruh jantungku dengar. Hampir lemah seluruh anggota ketika itu..sabarlah duhai hati..pasti ada hikmah-NYA. Sesungguhnya di sebalik kesukaran itu akan diganti dengan kesenangan kelak.

Akhirnya, Beliau mencadangkan supaya saya mengkaji tentang ‘Pemikiran Fathi Yakan terhadap Isu Berbilang Jama’ah dan Pengaruhnya dalam Gerakan Islam di Malaysia.’ Di samping itu, beliau memberikan gambaran serba sedikit tentang isu-isu yang mesti saya titikberatkan dalam kajian saya ini nanti. Alhamdulillah pencarian dan penentuan tajuk ini berakhir apabila tajuk terbaru saya ini telah diterima baik oleh Dr.Ibrahim bin Hashim..Saya akan memanfaatkan kesempatan yang telah diberikan oleh Allah ini kepada saya untuk merungkai segala persoalan saya dan juga ummah.

Aku Insan yang Masih Bertatih

Rabu, 18 Mei 2011




Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh...

Alhamdulillah..bersyukur kerana dengan izin-Nya..saya berpeluang berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi atau alami sendiri..sudah agak lama membiarkan laman blog ini terus menyepi..ketiadaan masa dan idea untuk berceloteh terkadang membantutkan niat saya untuk memasukkan post terbaru..ilmu yang masih begitu cetek ini..masih terlalu banyak yang perlu ditampung..

Terkadang..terasa diri ini begitu hipokrik..terkadang hati ini bermonolog sendiri..mengasak jiwa yang dhoif ini..salah satunya berbunyi :" kau ni dah cukup baik ke, sampai berani nak nasihat orang lain??"  Memang tak dapat dinafikan, terkadang juga diri ini hampir tewas dengan bisikan-bisikan itu sehingga mematikan semangat untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. 

Walau begitu jelas saya sudah tidak aktif dalam dunia blogger..dakwah melalui blog, namun alhamdulillah saya masih istiqamah dengan niat asal saya dengan membuka akaun Facebook adalah untuk "menyampaikan da'wah dan syiar Islam kepada seluruh manusia". Walau usaha saya ini, agak sedikit..namun, itu adalah salah satu usaha saya dalam mujahadah mentarbiyah diri dan orang lain amnya..

Ye..Mujahadah itu terlalu pahit kan?kerna saya terlalu yakin Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. terlalu manis dan indah untuk dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang beriman..Moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan para solihin..aamiin..

Sukar mujahadah dalam mendidik hati, nafsu, jiwa, akal dan sebagainya..iman yang yazid dan yanqus ini ini sering tertewas kerana iman ku masih senipis kulit bawang..Saya begitu mendambakan teguran dan bimbingan daripada sahabat-sahabat seperjuangan, keluarga, pensyarah-pensyarah, guru-guru dan lain-lain untuk seikhlasnya menegur setiap kekurangan dan kelemahan saya bukan hanya mengiyakan setiap amal perbuatan saya..



Selamat Hari Guru

Isnin, 16 Mei 2011
~Bersama geng Cikgu2 praktikal di SMKPC 2 pada 16 Mei 2011~


Jika dulu aku bergelar pelajar..kini aku bergelar pengajar..jika dulu aku seronok melihat guru berarak..gah mengorak langkah..berdiri bersaf-saf mengalunkan lagu 'Guru Malaysia' dengan penuh bersemangat...membacakan ikrar dengan penuh tekad dan keazaman..kini, bagai mimpi di siang hari..aku berpeluang ikut serta para rakan-rakan sejawat..sahabat-sahabat pendidik sama-sama mengalunkan lagu tersebut dan turut membaca ikrar di hadapan seluruh warga sekolah...

Siapa sangka..kini aku bergelar pendidik? siapa sangka aku yang dulu sering gagal dalam peperiksaan..sering menjadi kerisauan ayah dan bonda..sering dibimbangi oleh abang-abang dan kakak-kakak..kini aku bergelar seorang pendidik..berjaya menembusi tembok kerisauan orang-orang yang aku sayangi..bertukar menjadi kebanggaan mereka..kerana berjaya menjunamkan diri ke dunia pendidikan...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang manusia mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


(Sahih Muslim - Kitab Wasiat)

video


Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur