Taare Zameen Par

Isnin, 5 Oktober 2009



Dyslexia???


Assalamualaikum...Alhamdulillah..kerana dengan limpah rahmat-Nya..memberi ruang waktu untuk saya berceloteh dan berkongsi cerita bersama sahabat seperjuangan. Inilah sebenarnya salah satu hikmah saya dipilih untuk berada di UPSI ini. Menimba ilmu disini bersama teman-teman seangkatan memberi 1001 makna kepada diri saya.


Tanpa melengahkan masa, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian tentang tajuk yang telah tercatat ini. Semasa kuliah kami petang tadi (jam2-4pm-05/10/09), pensyarah kami telah menayangkan sebuah filem yang bertajuk Taare Zameen Par iaitu sebuah filem dari Bollywood. Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah yang agak aneh dan jarang dialami oleh kanak-kanak atau orang-orang normal yang lain. Kanak-kanak ini dikenali sebagai Ishaan yang mengalami kesukaran dalam pembelajarannya. Penyakit ini dikenali juga sebagai Dyslexia. Apabila diminta oleh gurunya supaya membaca, mengira atau menulis. Dia tidak mampu untuk melaksanakannya. Huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tercatat di bukunya dilihat seolah-olah timbul dan menari-nari. Apabila diceritakan hal ini kepada gurunya, dia diketawakan oleh rakan-rakan sekelas dan sering dimarahi gurunya.


Sehinggalah pada suatu hari, Ishaan mengalami tekanan perasaan yang terlalu ketara. Dia telah dicopkan oleh guru-guru dan rakan-rakannya sebagai bodoh, malas, degil dan sebagainya. Pada suatu hari, seorang guru yang baru telah berpindah ke sekolah tersebut dan bakal memberi sinar baru dalam hidupnya. Guru ini menyelami, mengkaji dan berusaha sedaya-upaya memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah Ishaan. Akhirnya, Ishaan dapat mengatasi masalah ini dengan bantuan guru kesayangannya ini dan telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan lukisan di sekolahnya. Guru ini berjaya membuktikan kebolehan Ishaan kepada semua orang termasuk kedua-dua ibu bapanya, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah.


Pengajarannya:

Inilah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh setiap bakal pendidik atau sudah bergelar sebagai guru. Kita perlu mengkaji dan menyelidik setiap permasalahan pelajar dan bukan hanya menuding jari atau menyalahkan satu pihak sahaja. Beratkan tanggungjawab cikgu??kalau tak nak tanggung risiko, baik tak payah jadi cikgu.


Sedikit Info yang nak dikongsi:


DEFINISI DISLEKSIA:

* Perkataan disleksia merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu 'dys' yang bermaksud kesukaran dan 'lexia' membawa maksud perkataan.

* Maka, jika diterjemahkan secara terus perkataan itu membawa maksud kesulitan dengan perkataan bertulis.

* Perkatan dyslexia ini mula diperkenalkan oleh Profesor Berlin (pakar ophatalmotologsit).

* Dyslexia boleh dibahagikan kepada tiga: disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia (masalah matematik), disgrafia (masalah bahasa).

CIRI-CIRI PELAJAR DISLEKSIA:

* Bahasa dan pertuturan - kesukaran fonologikal dalam proses pertuturan (salah sebut, mencampuradukkan perkataan dan lemah sintaksis).

* Urutan (sequencing) - Kesukaran visual dan auditori (sukar untuk memadan, mengasing, sukar memakai pakaian dan sebagainya)

* Kemahiran motor - Masalah dalam mengkoordinasi motor kasar dan halus (sukar menggunting, memegang pensel, menangkap bola, dan sebagainya)

0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta