Menanti Cinta

Isnin, 4 Julai 2011




Assalamualaikum..


Walau terkadang terbit di lubuk hati :” siapalah aku mendambakan insani sehebat itu..andainya aku tidak sehebatnya??”..Lewat sujud ku sering mendoakan semoga diberi kekuatan oleh Allah dalam menanti cinta……


(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA
●/
/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸
/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan
...... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan
....jangan bimbang andai kita belum berpasangan
....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH
__..•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

Akhiii,,,,,,
Tidak Perlu mencari istri secantik Ratu BalQis,,,jika Diri tak Segagah Nabi Sulaiman,,,
Ukhti,,,,,
Mengapa mengharap Suami Setampan Nabi Yusuf,,Jika Diri Tak Secantik Siti Zulaikha,
Tidak perlu Mencari separti Nabi Ibrahim,Jika Diri Tak sekuat Siti sarah Dan siti Hajar,,
Akhii,,,
Mengapa Mendambakan Temen Seistimewa Siti Khadijah,jika diri Tak sesempurna Rosulullah,,
Akhii Dan Ukhti Fillah,,
Diri Mu Adalah Cerminan Pendamping Hidup Mu kelak,,,..

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Muslimah itu ANUGERAH terindah Dari Allah,,Dia lembut tapi tidak lemah,mempesona tapi tetap bersahaja,dia menjaga akhlak & kemuliaanya.Dia Istimewa dari Wanita Lainnya..Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata TERINDAH di Dunia.Semoga dia itu adalah kita..insyaAllah....amin Ya RABB.
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

Bagaikan kejutan elektrik

Selasa, 21 Jun 2011





Assalamualaikum..bersyukur dengan limpahan rahmat kasih-Nya, dapat juga berpeluang berceloteh disini pada kali ini. Hari ni masuk minggu ke-5 saya berkhidmat di SMK Pengkalan Chepa (2)..bermakna dah sebulan lebih bergelar pendidik.

Jika dulu, saya agak teragak-agak apabila ditanya oleh guru saya tentang 'apakah yang nak saya jadi apabila besar nanti?'..dengan teragak-agaknya saya menjawab..'saya nak jadi guru'... namun jauh, di sudut hati saya berkata "boleh ke aku nak jadi guru..cam tak layak je.'

Huhu..alhamdulillah, sedar tak sedar..cita-cita saya akhirnya tercapai.. saya sudah memilih jalan ini pada mula-mula saya mengisi borang UPU dahulu dan meletakkan bidang Pendidikan Islam di UPSI sebagai pilih pertama saya. Setelah melalui beberapa peringkat penapisan seperti Medsi, temuduga, semester satu sehinggalah saya semester tujuh kini..banyak yang saya pelajari dari realiti kehidupan ini.

Dan hari ini, setiap hari fikiran saya ligat memikirkan keadaan anak-anak didik saya..mencari jalan terbaik dalam proses mentarbiah mereka di samping dapat memuhasabah diri saya yang masih terlalu lemah ini..benar, mujahadah itu terlalu pahit untuk ditelan..aplikasi sabar juga terlalu sukar...

Melihat kerenah anak-anak didikku yang pelbagai ragam..menaikkan rasa amarah, kerisauan yang membuak-buak terhadap mereka..Bayangkanlah, setiap kali saya masuk..mere buat tak endah je..seolah-olah saya tidak wujud dalam kelas tersebut..sehinggakan saya terpaksa 'merasuah mereka dengan sebungkus gula-gula.' hem, barulah mereka nak dengar kata.

Berpeluang mengajar pelajar tingkatan dua begitu mencabar imanku..mencabar kesabaranku..benar kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab bahawasanya : "Didiklah anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang..kerana mereka telah dijadikan oleh Allah untuk zaman yang bukan zaman engkau." 

Mendidik anak-anak sekarang..bukan seperti mendidik anak-anak pada zaman terdahulu, perlu mengikut keadaan semasa..Bagaimanakah caranya???? saya pun masih mencari kaedah yang berkesan...


Latihan Ilmiah:Pemikiran Fathi Yakan terhadap Isu Berbilang Jama'ah

Isnin, 6 Jun 2011



Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya..saya berpeluang berceloteh di dalam teratak ukhuwwah saya ini yang diberi nama ‘Cinta Teragung’..

Sudah lama saya berhajat dan berkeinginan untuk berbicara mengenai Ta’adud Jama’ah’ atau berbilang jama’ah. Sehinggakan hati terdorong untuk membuat kajian dengan lebih terperinci berkaitan dengan isu ini yang dikatakan makin menular dalam kalangan gerakan Islam pada abad ini.

Pada semester yang lepas, iaitu ketika saya berada pada semester ke-enam. Kami dikehendaki supaya menyediakan kertas cadangan atau proposal bagi latihan ilmiah kami. Seperti yang telah diketahui, saya dari bidang Pengajian Islam dikehendaki untuk memilih salah satu tajuk yang berkaitan dengan bidang Pengajian Islam seperti bidang Pendidikan, Usuluddin, Syariah, Muamalat, Fiqh Munakahat, dan sebagainya. Saya telah memilih bidang Usuluddin atau pemikiran Islam.

Pada minggu pertama, Pensyarah saya iaitu Dr. Ibrahim bin Hashim telah menjelaskan secara umum tentang kaedah yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan proposal dan beliau memberikan kami tempoh masa selama seminggu untuk mencari tajuk yang ingin kami kaji. Sudah tentulah, pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanya bermain di benak fikiran saya adalah isu Berbilang Jamaah. Semangat yang berkobar-kobar untuk mengkaji isu ini mendorong saya untuk menemui beliau selepas waktu kuliah berakhir dan menunjukkan tajuk cadangan saya iaitu ‘Kepelbagaian Jama’ah dalam kalangan Mahasiswa IPTA.’

Beliau menolak tajuk cadangan saya kerana merasakan saya tidak mampu untuk mengkaji tajuk ini. Memang tidak dinafikan kekecewaan dan kempunan yang membuak-buak. Namun, hati tetap redha dengan penolakan ini dan saya tidak berputus asa. Otak masih ligat mencari tajuk yang sesuai, sehingga lisan terkumat-kamit seorang diri seperti orang tak betul lagak saya ketika itu. Jalan dah peduli orang sekeliling, yang penting saya dapatkan tajuk kajian dalam masa terdekat. Alhamdulillah, Allah memberi ilham kepada saya untuk mengkaji tentang Pemikiran Tokoh Islam iaitu Dr. Fathi Yakan. Dan tajuk yang menjadi pilihan saya adalah : ‘Pemikiran Fathi Yakan melalui Kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam.’

Pada hari seterusnya, saya menemui beliau lagi buat kali ke-2 dengan harapan salah-satu tajuk-tajuk yang saya kemukakan akan diterima oleh beliau. Seingat saya, sebanyak enam tajuk saya tunjukkan kepada beliau dan tajuk ‘Pemikiran Fathi Yakan melalui Kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam.’.saya letakkan pada no.1 dalam senarai. Beliau agak tertarik dengan tajuk tersebut dan sempat berkata kepada saya :”tajuk ni masih agak luas, sebenarnya awak boleh fokuskan kepada topik yang lebih kecil..awak nak kaji tentang apa?.” Dan spontan saya jawab (dengan penuh yakinnya) :” saya nak kaji tentang harakah Islam.” Beliau terus mencadangkan kepada saya :”jika begitu, baik awak kaji tentang ‘Pemikiran Fathi Yakan terhadap Metodologi Gerakan Islam’ .” Sepantas kilat, saya bersetuju dengan cadangan tersebut dan membuat kajian ‘Literature Review’ di Perpustakaan UPSI, UKM dan UM serta buku-buku tulisan beliau.

Beberapa minggu selepas itu, saya baru berkesempatan bersemuka dengan pensyarah yang menyelia latihan ilmiah saya iaitu Ustazah Wahibah Binti Thahir. Beliau melihat tajuk saya dan memberikan respon yang baik dengan mengatakan :” Tajuk enti ni masih terlalu besar untuk dikaji. Metodologi Gerakan Islam. Apa yang enti faham dengan metodologi?enti kena jelas tajuk yang nak dikaji.” Uhhuu..nak luruh jantungku dengar. Hampir lemah seluruh anggota ketika itu..sabarlah duhai hati..pasti ada hikmah-NYA. Sesungguhnya di sebalik kesukaran itu akan diganti dengan kesenangan kelak.

Akhirnya, Beliau mencadangkan supaya saya mengkaji tentang ‘Pemikiran Fathi Yakan terhadap Isu Berbilang Jama’ah dan Pengaruhnya dalam Gerakan Islam di Malaysia.’ Di samping itu, beliau memberikan gambaran serba sedikit tentang isu-isu yang mesti saya titikberatkan dalam kajian saya ini nanti. Alhamdulillah pencarian dan penentuan tajuk ini berakhir apabila tajuk terbaru saya ini telah diterima baik oleh Dr.Ibrahim bin Hashim..Saya akan memanfaatkan kesempatan yang telah diberikan oleh Allah ini kepada saya untuk merungkai segala persoalan saya dan juga ummah.

Aku Insan yang Masih Bertatih

Rabu, 18 Mei 2011




Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh...

Alhamdulillah..bersyukur kerana dengan izin-Nya..saya berpeluang berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi atau alami sendiri..sudah agak lama membiarkan laman blog ini terus menyepi..ketiadaan masa dan idea untuk berceloteh terkadang membantutkan niat saya untuk memasukkan post terbaru..ilmu yang masih begitu cetek ini..masih terlalu banyak yang perlu ditampung..

Terkadang..terasa diri ini begitu hipokrik..terkadang hati ini bermonolog sendiri..mengasak jiwa yang dhoif ini..salah satunya berbunyi :" kau ni dah cukup baik ke, sampai berani nak nasihat orang lain??"  Memang tak dapat dinafikan, terkadang juga diri ini hampir tewas dengan bisikan-bisikan itu sehingga mematikan semangat untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. 

Walau begitu jelas saya sudah tidak aktif dalam dunia blogger..dakwah melalui blog, namun alhamdulillah saya masih istiqamah dengan niat asal saya dengan membuka akaun Facebook adalah untuk "menyampaikan da'wah dan syiar Islam kepada seluruh manusia". Walau usaha saya ini, agak sedikit..namun, itu adalah salah satu usaha saya dalam mujahadah mentarbiyah diri dan orang lain amnya..

Ye..Mujahadah itu terlalu pahit kan?kerna saya terlalu yakin Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. terlalu manis dan indah untuk dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang beriman..Moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan para solihin..aamiin..

Sukar mujahadah dalam mendidik hati, nafsu, jiwa, akal dan sebagainya..iman yang yazid dan yanqus ini ini sering tertewas kerana iman ku masih senipis kulit bawang..Saya begitu mendambakan teguran dan bimbingan daripada sahabat-sahabat seperjuangan, keluarga, pensyarah-pensyarah, guru-guru dan lain-lain untuk seikhlasnya menegur setiap kekurangan dan kelemahan saya bukan hanya mengiyakan setiap amal perbuatan saya..



Selamat Hari Guru

Isnin, 16 Mei 2011
~Bersama geng Cikgu2 praktikal di SMKPC 2 pada 16 Mei 2011~


Jika dulu aku bergelar pelajar..kini aku bergelar pengajar..jika dulu aku seronok melihat guru berarak..gah mengorak langkah..berdiri bersaf-saf mengalunkan lagu 'Guru Malaysia' dengan penuh bersemangat...membacakan ikrar dengan penuh tekad dan keazaman..kini, bagai mimpi di siang hari..aku berpeluang ikut serta para rakan-rakan sejawat..sahabat-sahabat pendidik sama-sama mengalunkan lagu tersebut dan turut membaca ikrar di hadapan seluruh warga sekolah...

Siapa sangka..kini aku bergelar pendidik? siapa sangka aku yang dulu sering gagal dalam peperiksaan..sering menjadi kerisauan ayah dan bonda..sering dibimbangi oleh abang-abang dan kakak-kakak..kini aku bergelar seorang pendidik..berjaya menembusi tembok kerisauan orang-orang yang aku sayangi..bertukar menjadi kebanggaan mereka..kerana berjaya menjunamkan diri ke dunia pendidikan...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang manusia mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


(Sahih Muslim - Kitab Wasiat)



Koleksi harta intelek

Isnin, 7 Mac 2011


Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH S.W.T. selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w..kerana DIA telah memelihara saya dari mensia-siakan manfaat Facebook dan tidak terpesong dari jalan-Nya..di bawah ini, antara koleksi ilham dari status Facebook saya yangtelah saya poskan di ruangan fb ini..untuk dikongsikan bersama kenalan-kenalan saya di ruangan laman sosial tersebut :-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pergilah Sepi..bicara hati ini bergurindam sayu dengan bisikan rindu..bagaikan ombak rindu yang mula menghempas badai..kan ku setia menanti kehadiran mu kau yang satu untuk menjemputku ke mahligai kasih..cinta yang tiada akhirnya ini kan terus mekar walau hidup x semanis impian juga x seindah mimpi..~hatiku milikmu~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terkadang lisan ringan untuk melatah, merintih untuk menzahirkan bebanan masalah yang ditanggung..malah,keimanan yang yazid & yanqus ini bersilih ganti mengasak jiwa.. sahutlah Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 153:"Hai org2 yg b'iman,jdkanlah SABAR & SOLAT sbg penolongmu. Sesungguhnya ALLAH bersama org2 yg SABAR."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sama2 lah kita berusaha dan memperbaiki hubungan hubungan kita dengan Allah, untuk meraih redha dan cinta-NYA..usah terlalu mengejar & mengagungkan cinta manusia yang sementara cuma,cintakan bunga-bunga kan layu,cinta manusia-manusia kan pergi,cintakan ALLAH-kekal selamanya. HATI KU MILIK-MU ROBBI.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menghitung detik waktu yang kian jauh meninggalkan..aku yang masih terkapai-kapai kelemasan dalam ombak badai yang melanda..serasa masih kedengaran deru ombak yang menghempas pepasir pantai..nyiru angin yang membuai begitu mendamaikan..hilai tawa sang anak kecil..berlari berkejaran..masih wujudkah kedamaian itu?masih berpeluangkah aku untuk mudik ke tepian pantai?

Jika anda xtahu..jgn segan silu utk berkata tak tahu..& jgn buat2 seolah2 anda tahu..kerana dikhuatiri lbh ramai yang tidak tahu disebabkan ketidakketahuan anda...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah dengan limpahan rahmat-NYA ini..=) kan ku teruskan langkah ini hingga denyutan nafas yang terakhir..mencari satu kebenaran..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ukhwah itu indah..lebih2 lagi jika disimpulkan dgn simpulan cinta ilahi..usah memilih-milih dalam bersahabat..terimalah mereka seadanya..mgkn ini boleh dijadikan wasilah da'wah..bersama2 dlm merebut Cinta Allah..itulah HALAQAH CINTA ROBBI..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berbanggalah jika kita mampu menangis kerana rasa cinta kita kepada kekasih ALLAH, RASULULLAH S.A.W...masih dilembutkan hati oleh-NYA sehingga berjaya menitiskan air mata..sesungguhnya, org banyak menangis (krn takut kepada Allah) di dunia, akan banyak ketawa di akhirat kelak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seseorang yang bertudung bukan semestinya dia menutup aurat..TETAPI seseorang yang menutup aurat semestinya bermakna dia bertudung.

Aku bukan insan yg selayaknya untuk bergerak seiring dgnmu..namun ku cuba untuk teguh berdiri..mengatur langkah mengikuti jejakmu..walau langkahku agak perlahan..namun,besarnya harapan ingin bersama2 meneruskan perjuanganmu..biarpun aku tahu..diri ku belum mampu untuk bersama dengan mu di jannah-Nya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta bisa membuatkan diri berada di awangan..namun jika x didasari dengan cinta ALLAH..ia bisa menjunamkan kita jauh ke dasar lautan..mungkin jua lemas di lautan..kerana terlalu mengagungkan cinta yg sementara cuma..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta itu anugerah..cinta juga lahir dari rasa fitrah..tanpa cinta,kita x kan kenal Pencipta Cinta,tanpa cinta kita xkan mengenal erti kasih-sayang..namun,jika menyalahgunakan cinta..segala-galanya bagai debu2 yang berterbangan..kehilangan cinta dan kasih-sayang ALLAH..kehilangan cinta manusia..mencintai manusia kerana Allah mesti diiringi dengan syariat/peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH..berusahalah menjaga kesucian cinta hanya kerana ALLAH.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menghitung detik waktu....saat ajal yang kian menghampiri..resah gelisah menantikan saat sakaratul maut menghampiri..bagaikan terbayang malaikat izrail mula mencabut nyawa..tika itu,tiada guna lagi harta,pangkat,keluarga..semuanya bakal ditinggalkan..hanya membawa bekal amalan..peneman di alam barzakh..alam akhirat yang kekal untuk selama-lamanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YA ALLAH,p'mdhkanlah shbt2 yg ku kasihi ini m'duduki imtihan-Mu,Jdkanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jk gagal melamar redho-Mu,dengarilah rintihannya yg sggup b'susah demi ilmu-Mu,Terimalah air matanya sbg penyejuk kmurkaan-Mu,belailah jiwanya di saat dia t'kulai lemah agr t'hindar dia dr m'harapkan selain-Mu, Ya Allah..aku tahu tiada yg lbh m'bahagiakannya mlainkan KEJAYAAN DI JETI P'SINGGAHAN INI utk dibw pulang ke kg. akhirat kami..ALLAAHUMMA NAJJIHNA FI KULLI IMTIHAN. FID DUNIA WAL AKHIROH..aamiin..SALAM IMTIHAN!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Revolution of UPSI


~gambar hiasan~

Assalamualaikum wbt..sedar atau tidak...bahawa saya sekarang telah memasuki semester 2 dalam tahun 3..dan tahun ini juga pertama kali sepanjang berada disini..menjalani dan menghabiskan 3 semester dalam masa setahun..biasanya di peringkat IPT..para pelajar diwajibkan untuk menghabiskan 2 semester dalam masa setahun..namun, disebabkan perubahan di peringkat Kementerian Pelajaran Tinggi yang bersangkut-paut dengan kemasukan pelajar baru ke universiti pada bulan September ini..

Tarikh praktikal kami terpaksa diawalkan, yang pada asalnya telah disepakati untuk dilaksanakan pada julai 2011..Namun, hal ini terpaksa dibubar dengan serta merta memandangkan kemasukan pelajar baru sudah dilewatkan 2 bulan..dan kami wajib untuk mengawalkan tarikh praktikal pada 09/05/2011 hingga 26/08/2011.

Memang agak kelam-kabut, apabila memikirkan 'keterpaksaan' kami untuk menamatkan tempoh pengajian kami dalam masa setahun ini..sekarang, sudah memasuki minggu ke-8 kuliah kami di bumi UPSI, sem 7 kami bermula bulan Mei hingga bulan Ogos ini..dan diteruskan pula kuliah kami pada semester Ogos dan merupakan tahun akhir bagi kami..dan dijangka menamatkan alam pengajian pada hujung bulan Januari 2012..lebih awal dari tempoh yang sebenarnya..dan kami konvokesyen pada bulan Mac tahun yang sama iaitu 2012..Subhaanallah..terlalu singkat masa tersebut.

Lisan ini mudah melatah sesekali diuji..hati tidak henti-henti merintih..bagaimana harusku lalui hidup sepanjang tahun ini?assignment...latihan ilmiah (tesis), kuliah, final exam, praktikal di sekolah, presentation dan lain-lain..Sukar untuk aplikasi kemurnian S.A.B.A.R dan R.E.D.H.O...

Maka, bermula disinilah..saya dan sahabat seperjuangan membina kekuatan..membina semangat untuk teguh berdiri..terus bangkit berjuang pada  jalan Allah, di medan ilmu ini kami mula mengatur langkah..mengaplikasi kepentingan sabar dan redho dengan setiap ujian yang menimpa kami. Tidak guna lagi, lisan melatah..memaki hamun..sebaliknya, laluilah ujian ini dengan tabah..inilah sunnah orang yang berjuang..walau Mujahadah  itu terlalu pahit untuk ditelah..Yakinlah..Natijahnya terlalu manis..menikmati syurga idaman setiap makhluk ALLAH S.W.T.

Ustazah @ cikgu.....??

Khamis, 20 Januari 2011



Apabila isu ini saya cetuskan di ruangan laman sosial FACEBOOK..Ramai yang memberikan respon atau jawapan yang berbeza menurut persepsi masing-masing. Sehingga saya dituduh cuba menghina para cikgu atau merendah-rendahkan kedudukan cikgu di mata masyarakat. Terpulanglah, masing-masing mempunyai hak dalam mengeluarkan pendapat. Saya terima sebarang pendangan atau teguran dengan hati yang terbuka. Hanya sekadar membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan mengajak untuk berfikir dengan lebih kritikal.

Kini, kita perlu berhadapan dengan alam realiti bukan lagi terus berada di alam fantasi. Kita adalah Mahasiswa Islam, berfikirlah sebagaimana seorang mahasiswa berfikir..pertimbangan yang positif dan rasional perlu dititikberatkan..jangan mudah melatah dan membantah jika tidak puas hati..bak kata orang "Siapa yang makan garam, dia yang akan terasa masinnya."

JOM..SAMA-SAMA HAYATI ISU YANG MENJADI PERBINCANGAN:
(agar dijadikan iktibar bersama)

Nasuha Ibrahim: Apabila ustaz/ustazah berkelakuan seperti cikgu, maka.................
Nasuha Ibrahim:tepuk tangan tanya iman ye sahabat2 sekalian..kerana kita harapan agama..pemangkin ummah..muallim murobbi muaddib..
Ustaz (1) :jgn terlampau orthodok....
Ustaz (1):islam ini agama .........umatan wasatan...jgn kita ni hidup terlampau orthodok...
Nasuha Ibrahim:bukan ortodok..sy bercakap mengenai akhlak golongan ustaz/ustazah kini (peringatan buat sy sdiri)..pensyarah sy pnah cakap: beliau pernah menghadiri 1 program yg dianjurkan khas utk 40 org guru Pendidikan Islam yg bermasalah di sekolah......muhasabah buat diri-sendiri jugak.:)
Ustazah (1):eh suha nape tajuk statuz 2 cam 2? terase cikgu2 len.. xsume cikgu mcm cikgu y suha mksdkn... hmm.
Ustazah (2): maksd ukhti nasuha tu dalam mknanya..jgn tafsir negatif..sma2 muhasabah...org akn terasa bila dia rasa dirinya x mmpu nk jd seorg pendidik
Ustaz (1): biasala..manusia..tp jgn sangka buruk terhadap org...tak baik.
Ustazah (2): bukan sngka buruk tu....tapi nasihat dan tguran...sgka baik kpd org yg bagi nasihat..hehhe
Ustaz (2): mekaseh...cume penerangan perlu lbh jelas..
Ustazah (2): ukhti nasuha suh berfikiran kritis..menerapkan elemen KBKK..baru berkesan=)), taraf mahasiswa katakan
Ustaz (2): hahaha...myb la kut..nsht utk mahasiswa..perlu nsht yg lbh keritis..

tp klu nsht utk semua org..perlu lbh jelas..FB ni terbuka..tkt juga diputar belitkan & d dijadikan isu oleh mereka2 yg x bertanggungjwb..nasihat sy ni bkn sbg mahasiswa tp sbg sahabat.
Cikgu (1) : nasuha..bahaya buat statement gituu.takut org slh fhm..mcm rata2 cikgu yg bermaslah dan hanya ustaz n ustazah bagus..faham apa yg nk gtau..takut ada yg terbakar nantii..be careful with wat u said..
Ustazah (1) : ustazah n cikgu or teacher skalipn same tugasny cume b'beza bidang.. cume statuz suha agak 'kasar' sket.. sori 2 say... bmbg ad kwn2 y bkn title ustaz or ustazah kck ati.. juz pndpt =)
Ustazah (2) : Apabila ustaz/ustazah berkelakuan seperti cikgu, maka.................hilanglah title tu...hehe..pe la yg nak salah faham sgt tu..just pendapat
Ustazah (1) : sy phm mksd t'sirat.. tp kite ni kalo nk b'ckp kene la ati2 sket... tkt ad y pk len.. ati kn xsame wlopn rambt same kale etam.. nmpk sgt 'cikgu' mcm jht jek ble ustaz or ustazah b'kelakuan cikgu... tanpa cikgu, kte sume xkn sampe ke thp ini.. luazkn pmikiran ok.. n jg ati kwn2.. that's all

..............................................................................................................................................................

Sebenarnya masih terlalu banyak komen-komen membina di ruangan 'wall fb' saya, tapi tak larat pula nak copy & paste semuanya. Apa yang saya nak tekankan disini, walau mungkin pernyataan saya itu boleh menimbulkan salah faham daripada ramai sahabat, TETAPI sebenarnya saya ingin mengajak para pembaca untuk lebih berfikir secara kritikal. Memandangkan, masyarakat sekarang menganggap ustaz/ustazah mesti semuanya sempurna terutama dari segi akhlak dan amal ibadahnya. Saya cuba untuk mengajak golongan yang bakal atau yang dah bergelar ustaz/ustazah ini untuk sama-sama berfikir dan memuhasabah diri..

Benar, kita bukannya maksum seperti Rasulullah s.a.w. Kita hanya insan biasa yang tidak akan lepas dari melakukan kesalahan walau masing-masing mengharapkan kesempurnaan. Berusahalah untuk menjaga maruah Islam dari difitnah dengan sesuka hati..'Mencegah lebih baik dari Merawat'..betul tak?

Alhamdulillah ramai yang bagi respon yang berbeza dengan statement saya itu..itu yang saya nak sebenarnya..mengkaji pemikiran sahabat-sahabat tentang sesuatu isu yang realitu berlaku kini..sebenarnya cikgu dan ustazah adalah dari perkataan yang sama..masing-masing mempunyai peranan yang sama dalam menyebarkan ilmu dan mendidik anak bangsa..apa yang saya maksudkan di atas..USTAZ/USTAZAH cubalah sedar siapa dirinya di mata masyarakat..lazimnya, masyarakat melihat USTAZ/USTAZAH MESTI PERFECT DALAM SEGALA HAL..jika timbul satu masalah dalam kalangan USTAZ/USTAZAH..mereka mula menyalahkan golongan ini..

Sebab itulah...jika yang masih sedar diri ni..perlu ubah persepsi masyarakat skg..USTAZ/USTAZAH bukan maksum..takkan terlepas dari buat salah..yang membezakan ustaz/ustazah sama ada ahli @ bukan ahli @ dapat ilmu agama secara LIVE @ TIDAK..Bayangkan jika USTAZ/USTAZAH berdating..bergayut tgh2 malam dengan PAK WE..bersenda gurau..berpakaian seperti cikgu biasa (walau bukan semua cikgu begitu)??? BAGAIMANA PERSEPSI MASYARAKAT YG MEMANG ANTI ISLAM???

Kesimpulannya, saya tak pernah menghina cikgu @ ustazah..cuma ni atas kesedaran masing-masing untuk menjaga maruah ISLAM..maafkan saya jika statement saya menimbulkan salah faham..saya berfikir atas rasa tanggungjawab untuk saling mengingati antara satu sama lain..


Wallaahua'lam....

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta