UntukMU SAHABAT

Selasa, 1 September 2009
Sahabat...
Andai dibiarkan sebotol dakwat ditumpahkan
untuk menulis kebaikanmu kepadaku
Sudah pasti ianya tidak mencukupi
Hatta seluas lautan...
Kerana engkau begitu istimewa buatku...
Tika aku diselaputi kabus tebal
Enkaulah matahari yang memancar
Menghakis kabus menerangi diriku
Moga kuntum cinta ini akan mekar berbunga
Di pentas dunia juga bersemi di sana

Sahabat...
Saat engkau sedih aku menangis
Saat engkau gundah mendorong aku resah
Tika engkau gembira aku ketawa...
Menyulam senyum dan tangis
Menceritakan bait – bait suka dan duka.

Ingatlah sahabat,
adakalanya Allah turunkan hujan,ribut dah petir,
Tercari – cari ke manakah matahari bersembunyi
Rupa – rupanya Al – Khaliq menghadiahkan kita pelangi.
Begitulah jua dengan mehnah yang kita terima
Di sebalik semua yang terjadi merupakan hikmah
Untuk merapatkan ukhuwwah kita dalam menuju mardhotillah.
Sahabat...
Ingatlah aku sebagai saudaramu
Yang tidak akan sekali – kali meninggalkanmu
Biar dalam khabar mendusta mengutus bencana,
Biar angin petaka membisik bahaya...
Tetapi ukhuwwah kita tetap teguh
Seteguhnya binaan Taj Mahal dan simpulan tali yang dipintal utuh
Acapkali aku berdoa di sujud terakhir solatku
Agar aku dikurniakan ramai sahabat yang solehah sepertimu
Untuk menguatkan jejakku ke arah agama yang syumul ini
Sering aku meminta kepada rabbul izzah
Untuk terus berdamping denganmu
Yang sentiasa rindukan sentuhan iman dan belaian kasihNya
Agar aku tidak menjadi nakhoda yang karam dalam pelayaran
Di lautan yang penuh cabaran.

Sahabat...
Engkau selalu membisikkan qasidah kasih irama penuh keramat kepadaku
Tentang kebesaran Ilahi yang menciptakan aku dan engkau
Serta segenap pelusuk alam yang permai ini
Gejolak yang membuncah memenuhi dada ini…
Bersama rindu yang mendalam terhadap pencipta...
Tarbiah yang aku terima daripadamu hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Yang selalu berharap dapat bersua dengan-Mu…Wahai Rabbul`alamiin
Sahabat...
Andai berlian itu indah kerana kilauannya,
Bulan itu indah kerana sinarnya
Pantai itu indah kerana hempasan ombak
Maka persahabatan kita indah kerana ingatan dalam doanya
Mukmin itu ibarat binaan batu bata yang berdiri teguh
Yang saling melengkapi antara satu sama lain
Aku dan engkau juga begitu
Saling melengkapi kekurangan untuk mencapai kesempurnaan.
Ingatlah Tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan
Yang mampu memberi suntikan semangat perjuangan
Semoga cahaya cinta ibadah tersirna dalam qalbumu.

Sahabat...
Kadang – kadang aku tersungkur di lembah kegelapan
Kau memberi secebis keinsafan kepadaku
Bahawa ketenangan jiwa terletak pada kuatnya iman
Keteduhan perasaan kita berada dalam sifat qanaah
Alirkan hala warna serta kilauan budi
Yang cukup meyakinkan hati kehidupan maknawi
Terima kasih wahai mujahidah harapan agama
Keranamu kakiku terpaku teguh pada landasan Islam
Dan pertolongan Ilahi yang selalu memberikan aku sinar cahayaNya.
Berkatilah sahabatku ini Ya Allah, rahmatilah dia serta keluarganya..
Agar kami ditempatkan di taman Syurga yang kekal abadi...
...Amin...

0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta