Jalinan Mahabbah..

Selasa, 1 September 2009

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah..syukurku panjatkan kepada Allah S.W.T dengan segunung kurniaan rahmat-Nya, memberiku kesempatan untukku membina blogku sendiri. Kuharapkan moga blog ini akan memberi manfaat kepada semua orang. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Asr yang bermaksud :

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Ayuhlah..sahut perintah Allah S.W.T ini. Saling berpesan ke arah kebaikan dan kesabaran. Moga kita semua memperoleh manfaat dan memperbaiki segala kelemahan untuk menyuburkan kembali tarbiyyah islam. Aku ini hanya insan yang lemah..yang mempunyai terlalu banyak kekurangan..amat dahagakan pimpinan daripada para sahabat yang budiman..tuntunlah tanganku ini agar dapatku berjalan seiring dengan kalian dalam usaha menegakkan syiar ISLAM yang suci ini. Sama-sama kita renungkan bait-bait kalam di bawah...

"Muda itu adalah satu juzuk dari umur, tetapi ia mempunyai nilai yang amat berharga, jika dilihat pada usia yang mengandungi daya yang tinggi, keazaman yang memberangsangkan dan ia berada di antara dua peringkat lemah: Lemah kerana terlalu kecil dan Lemah kerana terlalu tua"

Daripada Mu'az Bin Jabal: Sesunguhnya Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari Qiamat sehinggalah ditanya 4 perkara:Tentang umurnya : bagaimana ia menghabiskannya?, tentang hartanya: dari manakah ia mendapatkannya? dan bagaimanakah ia membelanjakannya?, dan tentang ilmunya: apakah ia beramal dengannya?"

(Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Tabbrani dengan sanad yang sahih lafaz dari beliau)

Jadi, pada kesempatan waktu yang ada ini..akanku cuba memanfaatkan peluang ini iaitu nikmat masa lapang, masa sihat, masa muda ini untuk sama-sama turun padang meneruskan perjuangan dakwah junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.. Moga ditetapkan hati ini di atas agama-Nya..dan dipermudahkan segala urusan..aamiin..


0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta