Halaqoh Cinta

Ahad, 27 September 2009

Hati itu fitrahnya suci nan bersih,
Kan hitam ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali jernih,
Pertahankan kesuciannya dalam
HALAQOH CINTA,

Aku menyahut kalamMU YA ALLAH,
“Dan berilah mereka pelajaran & katakanlah
Kepada mereka perkataan yang berbekas
Pada jiwa mereka”
(An-Nisa’:63)

Moga halaqoh ini menusuk jiwa,
Memandu islah diri sentiasa..

HALAQOH beerti bulatan. Sesetengahnya memanggilnya usrah yang beerti keluarga. Kalimah usrah lebih berkesan dan menusuk jiwa kerana pendengarnya akan merasai suatu keakraban yang mendalam malah kadang-kadang terasa lebih akrab daripada hubungan keluarga. Ia merupakan suatu ikatan hati-hati individu Muslim yang beriman kepada ALLAH dan berusaha Bantu-membantu antara satu sama lain semata-mata untuk mendalami ajaran Agama Islam.

HALAQOH sebagaimana telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. di rumah Arqam bin Abi al-Arqam berfungsi sebagai tulang belakang gerakan dakwah baginda S.AW. dalam menyebarkan wahyu atau ajaran ALLAH.

Baginda berjaya membentuk halaqohnya dan telah mendidik hati para pengikutnya menjadi manusia yang taat kepada ALLAH dalam kehidupan seharian. Berhubung secara langsung dengan ajaran al-Qur’an, beriltizam dengan akhlak al-Qur’an, berQudwahkan Utusan Allah dalam hidup seharian, berfikiran dan bertindak selari dengan petunjuk Allah, bermulazamah dengan al-Qur’an dan as-Sunnah Junjungan Besar Nabi S.A.W, ikhlas dalam setiap amalan yang dilaksanakan & sebagainya. Inilah mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. hingga akhir zaman.

Dipetik dari novel Tautan Hati

Alangkah indahnya hidup dalam halaqoh,
dibajai dengan ilmu dan tarbiyah,
menitipkan 1001 hikmah,
buat insan-insan mendambakan kasih Allah,
Bangkitlah dari mimpi yang indah,
Bisa membuai hati-hati yang lemah,
Agar menjauhi agama Allah.
Eratkan ikatan Ukhuwwah Fillah,
Jika hati berjuang kerana Allah,
Kejayaan dianggap satu mimpi indah,
Andai ditakdir rebah,
Hati tetap redho kerana Allah..
Subhanallah..

1 comments:

  1. Rindunya untuk kembali hidup dalam halaqoh Cinta-Mu Ya Allah..

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta