Revolution of UPSI

Isnin, 7 Mac 2011

~gambar hiasan~

Assalamualaikum wbt..sedar atau tidak...bahawa saya sekarang telah memasuki semester 2 dalam tahun 3..dan tahun ini juga pertama kali sepanjang berada disini..menjalani dan menghabiskan 3 semester dalam masa setahun..biasanya di peringkat IPT..para pelajar diwajibkan untuk menghabiskan 2 semester dalam masa setahun..namun, disebabkan perubahan di peringkat Kementerian Pelajaran Tinggi yang bersangkut-paut dengan kemasukan pelajar baru ke universiti pada bulan September ini..

Tarikh praktikal kami terpaksa diawalkan, yang pada asalnya telah disepakati untuk dilaksanakan pada julai 2011..Namun, hal ini terpaksa dibubar dengan serta merta memandangkan kemasukan pelajar baru sudah dilewatkan 2 bulan..dan kami wajib untuk mengawalkan tarikh praktikal pada 09/05/2011 hingga 26/08/2011.

Memang agak kelam-kabut, apabila memikirkan 'keterpaksaan' kami untuk menamatkan tempoh pengajian kami dalam masa setahun ini..sekarang, sudah memasuki minggu ke-8 kuliah kami di bumi UPSI, sem 7 kami bermula bulan Mei hingga bulan Ogos ini..dan diteruskan pula kuliah kami pada semester Ogos dan merupakan tahun akhir bagi kami..dan dijangka menamatkan alam pengajian pada hujung bulan Januari 2012..lebih awal dari tempoh yang sebenarnya..dan kami konvokesyen pada bulan Mac tahun yang sama iaitu 2012..Subhaanallah..terlalu singkat masa tersebut.

Lisan ini mudah melatah sesekali diuji..hati tidak henti-henti merintih..bagaimana harusku lalui hidup sepanjang tahun ini?assignment...latihan ilmiah (tesis), kuliah, final exam, praktikal di sekolah, presentation dan lain-lain..Sukar untuk aplikasi kemurnian S.A.B.A.R dan R.E.D.H.O...

Maka, bermula disinilah..saya dan sahabat seperjuangan membina kekuatan..membina semangat untuk teguh berdiri..terus bangkit berjuang pada  jalan Allah, di medan ilmu ini kami mula mengatur langkah..mengaplikasi kepentingan sabar dan redho dengan setiap ujian yang menimpa kami. Tidak guna lagi, lisan melatah..memaki hamun..sebaliknya, laluilah ujian ini dengan tabah..inilah sunnah orang yang berjuang..walau Mujahadah  itu terlalu pahit untuk ditelah..Yakinlah..Natijahnya terlalu manis..menikmati syurga idaman setiap makhluk ALLAH S.W.T.

0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta