Adakah Matiku juga Hari Jumaat??

Khamis, 25 Mac 2010
~sekadar hiasan~




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Agak lama juga saya tidak memasukkan post terbaru ke dalam ruang Cinta Teragung ini..setelah sekian lama membiarkan blog ini dipenuhi dengan lalang-lalang yang menjalar..bukan hanya setakat sawang-sawang yang meliar..begitulah yang mampu saya umpamakan dengan blog yang serba dho’if ini. Namun, saya tetap bersyukur kepada-Nya kerana menerima kunjungan yang tidak putus-putus daripada sahabat-sahabat seperjuangan. Terima kasih kerana sudi mengambil manfaat daripada blog ini.

”Adakah matiku pada hari Jumaat juga???” Merupakan tajuk utama saya bagi post terbaru saya bersempena Jumaat, Penghulu segala hari. Kenapa saya pilih tajuk ini?? Sebenarnya, jika sahabat nak tahu..hari ini juga merupakan hari lahir saya yang ke-22 tahun..kebetulan juga dalam surat beranak saya tertera tarikh, masa dan hari saya dilahirkan ke dunia yang fana ini..iaitu pada kira-kira jam 10..30 pagi, hari Jumaat yang bertarikh 26 Mac 1988..Alhamdulillah, maka lahirlah seorang lagi puteri Ibrahim yang diberi nama Nasuha Binti Ibrahim =)

Pertama sekali, saya nak ucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya khas ayah & bonda yang telah melahirkan diriku ini..Terima kasih ma..setelah bersusah-payah ma bertarung nyawa..berusaha untuk melahirkan Ha..masih terngiang-ngiang lagi di ingatan. Ma pernah cerita..pada saat ma nak lahirkan Ha..Ma mengalami pendarahan yang agak teruk dan terpaksa dikejarkan ke Hospital USM, Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan. Doktor memberitahu Ma, bayi ini adalah songsang dan perlu dibelah (dibedah)..agak berisiko tinggi, memandangkan pada ketika itu, usia Ma dalam lingkungan 37 tahun. Akhirnya Ma dan abah bersetuju dan mengizinkan kelahiran pada kali ini dibedah untuk menyelamatkan nyawa bayi ini (saya). Masih jelas kelihatan di penglihatan Ha ini, kesan jahitan tersebut. Betapa besarnya pengorbanan Ma, bertarung nyawa melahirkan anakmu ini..terima kasih yang terhingga Mama..saayangg mama. Maafkan Ha juga, jika selama 22 tahun hidup bersama ma, ada yang terguris hati ma..

Abah..Ha hanya sempat hidup bersama Abah selama 7 tahun hidup di muka bumi ini. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya..meninggalkan kehidupan dunia dan menuju ke alam abadi..Ha doakan Abah, semoga Abah sentiasa dilimpahi dengan Rahmat-Nya, dijauhkan dari azab siksaan kubur, diampunkan segala dosa yang terdahulu dan semoga kita semua bertemu di jannah-Nya..aamin ya rabbal ’aalamiin..Terkadang Ha begitu cemburu, dengan sahabat-sahabat yang masih mempunyai ayah. Namun, cepat-cepat Ha tepis perasaan tersebut dari menguasai fikiran..SesungguhNya kita ini milik Allah, dan hanya kepada-Nya kita dikembalikan..Ma..Abah..ketahuilah..Ha bertuah memiliki ibu-bapa seperti kalian..ampunkanlah segala dosa anakmu ini..doakan Ha moga-moga Ha sentiasa berada hidup di bawah naungan Allah S.W.T. Didikan..tarbiyyah..asuhan yang Ha terima daripada kalian akan Ha cuba teruskan dan sebarkan. Moga ia menjadi amal jariah Ma dan Abah sebagai bekal ke akhirat kelak..

Sambutan hari lahir, tidak sunyi dengan ucapan-ucapan daripada orang-orang yang terdekat. Tidak kurang juga, ada yang sanggup berhabis duit, mengadakan pesta bersama sahabat handai..pelbagai hadiah dihulurkan sebagai tanda ingatan..Tapi, pernahkah kita terfikir tentang hari kematian kita yang semakin hampir? Pernahkah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah al-Khaliq kerana telah menciptakan kita sebagai manusia di alam fana ini? Yang masih memberikan masa dan peluang untuk kita menyedut udara segar..menikmati keindahan dunia..setiap denyutan nadi kita yang masih lagi berdenyut tanpa henti..Malam dan siang yang silih berganti mengikut peredarannya..
Jumaat, 26 Mac 2010 bersamaan 10 Rabi’ussaani 1431 H:

Renung-renungkanlah..


0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta