Jom pakat2 pi mengundi

Rabu, 27 Januari 2010

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..Jom ramai2 pakat pi mengundi..Keputusan terletak di hujung jari anda..kerana anda adalah MAHASISWA PENDIDIK PENCETUS TRANSFORMASI..



PILIHAN RAYA KAMPUS.
TARIKH : 28 JANUARI 2010
MASA :8.00 PAGI-5.30 PETANG
TEMPAT: KAMPUS UPSI & KOLEJ KEDIAMAN UPSI
PEMILIHAN CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI.



Ayuh kita mengimbau kembali kisah Nabi Musa a.s dan juga Yusuf a.s yang terdapat di dalam al-Qur'an.
Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Qur'an:

"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: 'Wahai ayah (Shuaib), ambillah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang Qawiyy, lagi Ameen."

(Surah al-Qasas 28:26)


Menurut Hasrizal Abdul Jamil (2010), penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai qawiyy dan ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi qawiyy dan ameen sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah s.w.t kehendaki daripada seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.


Kesimpulannya, buatlah pemilihan yang tepat sesuai dengan kemampuan dan juga kelayakannya. Kita mengaku kita beragama Islam..kita mengaku kita sayang Allah dan Rasul..tetapi mengapa kita tidak berusaha menyokong orang-orang yang berjuang bermati-matian untuk kembalikan kegemilangan ISLAM? tegakkan syiar ISLAM?Sanggupkah kita membiarkan amanah Allah ini jatuh ke tangan orang yang salah dan tidak sepatutnya?? Maka..tepuk dada..tanyalah iman..!! Anda mampu mengubahnya..kerna anda adalah Mahasiswa Pendidik Pencetus Transformasi!! Takbir, ALLAAHU AKBAR!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta