Ustazah @ cikgu.....??

Khamis, 20 Januari 2011



Apabila isu ini saya cetuskan di ruangan laman sosial FACEBOOK..Ramai yang memberikan respon atau jawapan yang berbeza menurut persepsi masing-masing. Sehingga saya dituduh cuba menghina para cikgu atau merendah-rendahkan kedudukan cikgu di mata masyarakat. Terpulanglah, masing-masing mempunyai hak dalam mengeluarkan pendapat. Saya terima sebarang pendangan atau teguran dengan hati yang terbuka. Hanya sekadar membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan mengajak untuk berfikir dengan lebih kritikal.

Kini, kita perlu berhadapan dengan alam realiti bukan lagi terus berada di alam fantasi. Kita adalah Mahasiswa Islam, berfikirlah sebagaimana seorang mahasiswa berfikir..pertimbangan yang positif dan rasional perlu dititikberatkan..jangan mudah melatah dan membantah jika tidak puas hati..bak kata orang "Siapa yang makan garam, dia yang akan terasa masinnya."

JOM..SAMA-SAMA HAYATI ISU YANG MENJADI PERBINCANGAN:
(agar dijadikan iktibar bersama)

Nasuha Ibrahim: Apabila ustaz/ustazah berkelakuan seperti cikgu, maka.................
Nasuha Ibrahim:tepuk tangan tanya iman ye sahabat2 sekalian..kerana kita harapan agama..pemangkin ummah..muallim murobbi muaddib..
Ustaz (1) :jgn terlampau orthodok....
Ustaz (1):islam ini agama .........umatan wasatan...jgn kita ni hidup terlampau orthodok...
Nasuha Ibrahim:bukan ortodok..sy bercakap mengenai akhlak golongan ustaz/ustazah kini (peringatan buat sy sdiri)..pensyarah sy pnah cakap: beliau pernah menghadiri 1 program yg dianjurkan khas utk 40 org guru Pendidikan Islam yg bermasalah di sekolah......muhasabah buat diri-sendiri jugak.:)
Ustazah (1):eh suha nape tajuk statuz 2 cam 2? terase cikgu2 len.. xsume cikgu mcm cikgu y suha mksdkn... hmm.
Ustazah (2): maksd ukhti nasuha tu dalam mknanya..jgn tafsir negatif..sma2 muhasabah...org akn terasa bila dia rasa dirinya x mmpu nk jd seorg pendidik
Ustaz (1): biasala..manusia..tp jgn sangka buruk terhadap org...tak baik.
Ustazah (2): bukan sngka buruk tu....tapi nasihat dan tguran...sgka baik kpd org yg bagi nasihat..hehhe
Ustaz (2): mekaseh...cume penerangan perlu lbh jelas..
Ustazah (2): ukhti nasuha suh berfikiran kritis..menerapkan elemen KBKK..baru berkesan=)), taraf mahasiswa katakan
Ustaz (2): hahaha...myb la kut..nsht utk mahasiswa..perlu nsht yg lbh keritis..

tp klu nsht utk semua org..perlu lbh jelas..FB ni terbuka..tkt juga diputar belitkan & d dijadikan isu oleh mereka2 yg x bertanggungjwb..nasihat sy ni bkn sbg mahasiswa tp sbg sahabat.
Cikgu (1) : nasuha..bahaya buat statement gituu.takut org slh fhm..mcm rata2 cikgu yg bermaslah dan hanya ustaz n ustazah bagus..faham apa yg nk gtau..takut ada yg terbakar nantii..be careful with wat u said..
Ustazah (1) : ustazah n cikgu or teacher skalipn same tugasny cume b'beza bidang.. cume statuz suha agak 'kasar' sket.. sori 2 say... bmbg ad kwn2 y bkn title ustaz or ustazah kck ati.. juz pndpt =)
Ustazah (2) : Apabila ustaz/ustazah berkelakuan seperti cikgu, maka.................hilanglah title tu...hehe..pe la yg nak salah faham sgt tu..just pendapat
Ustazah (1) : sy phm mksd t'sirat.. tp kite ni kalo nk b'ckp kene la ati2 sket... tkt ad y pk len.. ati kn xsame wlopn rambt same kale etam.. nmpk sgt 'cikgu' mcm jht jek ble ustaz or ustazah b'kelakuan cikgu... tanpa cikgu, kte sume xkn sampe ke thp ini.. luazkn pmikiran ok.. n jg ati kwn2.. that's all

..............................................................................................................................................................

Sebenarnya masih terlalu banyak komen-komen membina di ruangan 'wall fb' saya, tapi tak larat pula nak copy & paste semuanya. Apa yang saya nak tekankan disini, walau mungkin pernyataan saya itu boleh menimbulkan salah faham daripada ramai sahabat, TETAPI sebenarnya saya ingin mengajak para pembaca untuk lebih berfikir secara kritikal. Memandangkan, masyarakat sekarang menganggap ustaz/ustazah mesti semuanya sempurna terutama dari segi akhlak dan amal ibadahnya. Saya cuba untuk mengajak golongan yang bakal atau yang dah bergelar ustaz/ustazah ini untuk sama-sama berfikir dan memuhasabah diri..

Benar, kita bukannya maksum seperti Rasulullah s.a.w. Kita hanya insan biasa yang tidak akan lepas dari melakukan kesalahan walau masing-masing mengharapkan kesempurnaan. Berusahalah untuk menjaga maruah Islam dari difitnah dengan sesuka hati..'Mencegah lebih baik dari Merawat'..betul tak?

Alhamdulillah ramai yang bagi respon yang berbeza dengan statement saya itu..itu yang saya nak sebenarnya..mengkaji pemikiran sahabat-sahabat tentang sesuatu isu yang realitu berlaku kini..sebenarnya cikgu dan ustazah adalah dari perkataan yang sama..masing-masing mempunyai peranan yang sama dalam menyebarkan ilmu dan mendidik anak bangsa..apa yang saya maksudkan di atas..USTAZ/USTAZAH cubalah sedar siapa dirinya di mata masyarakat..lazimnya, masyarakat melihat USTAZ/USTAZAH MESTI PERFECT DALAM SEGALA HAL..jika timbul satu masalah dalam kalangan USTAZ/USTAZAH..mereka mula menyalahkan golongan ini..

Sebab itulah...jika yang masih sedar diri ni..perlu ubah persepsi masyarakat skg..USTAZ/USTAZAH bukan maksum..takkan terlepas dari buat salah..yang membezakan ustaz/ustazah sama ada ahli @ bukan ahli @ dapat ilmu agama secara LIVE @ TIDAK..Bayangkan jika USTAZ/USTAZAH berdating..bergayut tgh2 malam dengan PAK WE..bersenda gurau..berpakaian seperti cikgu biasa (walau bukan semua cikgu begitu)??? BAGAIMANA PERSEPSI MASYARAKAT YG MEMANG ANTI ISLAM???

Kesimpulannya, saya tak pernah menghina cikgu @ ustazah..cuma ni atas kesedaran masing-masing untuk menjaga maruah ISLAM..maafkan saya jika statement saya menimbulkan salah faham..saya berfikir atas rasa tanggungjawab untuk saling mengingati antara satu sama lain..


Wallaahua'lam....

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur