Kisah Pen Merah

Selasa, 23 Februari 2010
Inilah antara pen yang terpaksa beli baru..hehehe

KISAH PEN MERAH

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh..hari ini hari Isnin bertarikh 22 Februari 2010 bersamaan 08 Rabi’ul awwal 1431 H. Agak lama juga membiarkan laman blog ini dipenuhi sawang-sawang yang berkeliaran tanpa sempat di update atau dimuatkan dengan entry2 terbaru. Hari ini ada satu kisah yang agak menarik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Agar ia dapat menghiburkan hati kalian dan mengambil sedikit pengajaran dari kisah saya ini.

Maka bermulalah alkisah..


Pada satu pagi yang hening...jeng..jeng..jeng..(suspenla pulak)..Pada kira-kira jam 9.10 pagi..tuk..tuk..saya mengetuk pintu Dewan Kuliah H (DKH). Sebenarnya kelas bermula pukul 9pagi..tapi saya masuk kelas agak lewat pagi ini kerana bas tinggal saya..(diri-sendiri yang lewat, salahkan bas pulak..hu2), maka masuklah saya dengan muka ala-ala tak bersalahnya..sempat lagi memberikan salam :Assalamualaikum.. kepada Dr. Esmat dan sahabat-sahabat yang berada dalam kuliah tersebut..sambil tersenyum kambingnya..selamba jer saya saya masuk. Fuh, nasib baik dukturoh baik..saayang dukturoh.

Agak terpinga-pinga jugak apabila tengok kedudukan sahabat-sahabat masa tu..duduk jauh-jauh..dalam hati ni sempat terdetik: ish..cam ada imtihan je..maka, saya ambil tempat duduk saya. Satu hal yang paling saya tak suka, masuk kelas lebih lewat daripada orang lain..kalau ada geng tak apa jugak..ni tak..saya seorang je yang terkebil-kebil. Nak dijadikan cerita..saya tertinggal Pencil Box saya kat rumah saya (nun jauh di negeri kelantan)..masuk kuliah dengan tanpa sebatang pen pun..tup..tup..ada imtihan pulak..(mampus aku kali ni)..

Apalagi..mulalah gelabah cari pen..tanya kawan-kawan..malangnya, semua bawa sebatang pen je masuk kuliah..hahaha..dah mati kutu dah masa tu.. saya masih sibuk tanya kawan-kawan pasal pen..last-last dapat jugak pen merah..masih tak putus asa ni..cuba bertanya pula kepada kawan-kawan yang lain..malang tak berbau..dukturoh nampak telatah kami..terus kena tegur dan diarahkan supaya kami jarakkan lagi kedudukan kami..mungkin dia ingat kami nak meniru..hehe..

Akhirnya, tinggallah saya bersendirian dengan perasaan yang bercampur-baur..serba-salah..dalam hati ni..bermonolog sendirian..ish..takkan aku nak guna pen merah ini nak jawab imtihan..tak pernah-pernah pun dalan idup aku jawab soalan guna pen merah..memang gawat masa tu..sampai tak boleh fokus nak jawab soalan..namun..diteruskan juga menjawab soalan dengan menggunakan pen merah tadi tu dengan perasaan yang penuh bersalahnya. Tawakkal je hantar soalan tu apabila minta dikutip.


Hari ni pula, 23/2/2010..saya memberanikan diri untuk minta maaf dengan dukturoh pasal ni..Alhamdulillah dukturoh maafkan..tapi sebelum dia maafkan tu..memang kena bersoal jawablah dengan dia dulu..muka dah terasa panas dah, sebab cakap arab tergagap-gagap..takut salah sebenarnya..hehe..

Tawakkaltu ’alallaah.. :D

PENGAJARANNYA:


Sebelum nak pergi ke mana-mana tu..periksa betul-betul barang-barang yang nak dibawa.Sediakan senarai barang yang nak dibawa..periksa 2..3.. kali..kita ini manusia..tidak terlepas daripada sifat pelupa.

Seminar Cerdik Huffaz

Jumaat, 5 Februari 2010

SEMINAR CERDIK HUFFAZ


Tarikh:

7/ 2/ 2010
bersamaan
22 safar 1431H

Hari:
Ahad

Masa:
8.00am - 1.00pm
Yuran:
RM 3
Tempat:
Auditorium Utama UPSI

PENCERAMAH JEMPUTAN:
1) Ust. Mohamad Marzuki bin Abdul Rahim
(Pensyarah Jabatan Al-Quran, Darul Quran)
2) Ust. Shaharuddin bin Saad
(Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS)

Anjuran:
Jabatan Pengajian Islam

Dengan Kerjasama:
Pusat Islam dan Persatuan Pendidikan Islam UPSI.

P/S: Pengangkutan disediakan

Penyertaan diwajibkan kepada semua Major Pendidikan Islam
dan
dialu-alukan kepada pelajar Minor Pendidikan Islam
dan
seluruh mahasiswa/i UPSI.


Untuk keterangan lanjut,

sila hubungi:
0194499493 (faizah)
0194429368 (nasuha)

Jom pakat2 pi mengundi

Rabu, 27 Januari 2010

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..Jom ramai2 pakat pi mengundi..Keputusan terletak di hujung jari anda..kerana anda adalah MAHASISWA PENDIDIK PENCETUS TRANSFORMASI..



PILIHAN RAYA KAMPUS.
TARIKH : 28 JANUARI 2010
MASA :8.00 PAGI-5.30 PETANG
TEMPAT: KAMPUS UPSI & KOLEJ KEDIAMAN UPSI
PEMILIHAN CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI.



Ayuh kita mengimbau kembali kisah Nabi Musa a.s dan juga Yusuf a.s yang terdapat di dalam al-Qur'an.
Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Qur'an:

"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: 'Wahai ayah (Shuaib), ambillah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang Qawiyy, lagi Ameen."

(Surah al-Qasas 28:26)


Menurut Hasrizal Abdul Jamil (2010), penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai qawiyy dan ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi qawiyy dan ameen sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah s.w.t kehendaki daripada seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.


Kesimpulannya, buatlah pemilihan yang tepat sesuai dengan kemampuan dan juga kelayakannya. Kita mengaku kita beragama Islam..kita mengaku kita sayang Allah dan Rasul..tetapi mengapa kita tidak berusaha menyokong orang-orang yang berjuang bermati-matian untuk kembalikan kegemilangan ISLAM? tegakkan syiar ISLAM?Sanggupkah kita membiarkan amanah Allah ini jatuh ke tangan orang yang salah dan tidak sepatutnya?? Maka..tepuk dada..tanyalah iman..!! Anda mampu mengubahnya..kerna anda adalah Mahasiswa Pendidik Pencetus Transformasi!! Takbir, ALLAAHU AKBAR!!!

Keadaan Lapar Rasulullah SAW.

Sabtu, 9 Januari 2010


Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..Allamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya memberi ruang waktu kepada saya untuk terus berada di ruangan blog ini. Moga kita semua berada di bawah lindungan Rahmat-Nya. aamiin..Hari ini hari Sabtu bertarikh 09 Januari 2010 bersamaan 23 Muharram 1431 H..Alangkah pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. Pejam celik, pejam celik dan 23 hari berada dalam tahun baru hijrah dan 9 hari dalam tahun masihi..bermakna sudah 2 minggu saya berada disini, bersama sahabat-sahabat seperjuangan di bumi mu'allim ini untuk semester yang ke-4..Rutin harian saya mula dipenuhi dengan jadual kuliah, Assignment, hafazan al-Qur'an (masih dalam surah al-Baqarah), aktiviti-aktiviti luar kuliah dan sebagainya..

“ Fuh..PTPTN belum masuk lagi..biasiswa pun tak dapat..tak de rezeki lagi nampaknya..duit tengah 'ciput', nak makan apa ni? tak kan makan maggi tiap-tiap hari? makanan-makanan kat sini dahla mahal-mahal..cekik darah betul ar diorang ni..tak tau ke aku ni student lagi? lainlah kalau mak bapak aku orang kaya..laparnyaaa..nak makan apa ni? U lain dah masuk, kat sini je belum masuk lagi..nak mintak dengan family kat kampung tak sampai hati, nak pinjam dengan kawan, kawan pun senasib! fuh..gawat-gawat..”

Macam-macam rungutan kedengaran tatkala masalah atau ujian Allah menimpa diri. Terkadang dalam luar sedar, kita seolah-seolah menyalahkan takdir. Mudah melatah tatkala ujian menimpa diri..marah..amuk..rungutan..jiwa kacau..Maka di luar sedar juga, ada lagi makhluk lain yang berpesta, bergelak-ketawa, meraikan kemenangan mereka kerana berjaya menghasut hati-hati manusia agar jauh dari Rahmat Allah. Malah saya sendiri pun, tidak dapat lari dari situasi sedemikian. Astaghfirullaahal ’aziim..moga kita semua memohon keampunan daripada Allah subhaanahu wa ta’ala.

Hari ini saya nak berkongsi satu kisah yang sangat menarik bertajuk ‘ Keadaan Lapar Rasulullh SAW ’..saya ambil artikel ini dari blog seorang sahabat yang tidak diketahui namanya. Apa-apa pun moga Allah memberkati dan merahmati usahanya dalam menyebarkan dan berkongsi kisah ini bersama sahabat-sahabat yang turut menyintai keperibadian Qudwah hasanah, Rasulullah SAW..Moga kita sama-sama beroleh manfaat.

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad Saw hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah Saw seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah Saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah Saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.

(Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (ayahnya) mengirim (sup) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi Saw memakannya - ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah r.ha makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah r.ha: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap. Berkata Urwah ra: Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah r.ha: Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah r.ha. katanya: sering kali kami tinggal sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah r.ha: Kurma dan air sahaja, itu pun jika dapat.

(Kanzul Ummal 4:38 )

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah r.ha menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah Saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 )

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah Saw kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Dalam lain-lain riwayat: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah Saw dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam riwayat yang lain lagi: Rasulullah Saw telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air.
(Kanzul Ummal 4:38 )

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah Saw tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah Saw selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah Saw makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang).

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah Saw sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah Saw mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak baginda makan sama, tetapi baginda menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah Saw meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah Saw datang kepada Nabi Saw membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah r.ha: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam riwayat Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah Saw pun bertanya kepada Fathimah r.ha: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah r.ha menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dahulu!

(Majma'uz Zawa'id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah Saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah Saw melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi Saw ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah Saw tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehinggalah beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tirmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah Saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu.

(At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi Saw, Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi Saw merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi Saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!

(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420)

Subhanallah..alangkah mulianya akhlak Rasululllah SAW.. dan alangkah kerdilnya kita sebagai umatnya..moga sama-sama kita bermuhasabah diri..Sekian sahaja coretan daripada saya.
















DEMI MASA…………….

Isnin, 21 Disember 2009



Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud:

“ Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang- orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..hari ini 22 Disember 2009 bersamaan 05 Muharam 1431H, saya ingin mengulas isu yang berkaitan dengan penggunaan masa. Meski pun telah diketahui, sudah begitu ramai orang yang membicarakan tentang ‘masa’, malahan telah banyak terisi dalam pelbagai ruangan blog, media-media elektronik dan media cetak yang lain. Di kesempatan ini, saya juga ingin merebut peluang untuk berbicara tentang masa. Walau saya tahu, saya bukan orang yang selayaknya untuk membincangkan tentang hal ini. Tapi tidak menjadi kesalahan jika ia nya sebagai perkongsian dan peringatan untuk sesama kita yang bergelar hamba Allah ini.

Ramai juga dalam kalangan sahabat saya yang pernah menegur saya dengan cara sinis.
“Kamu ada masa ye Nasuha buat blog sendiri?? Saya tak ada masa untuk buat semua ini. Banyak lagi hal yang perlu saya buat” , dan macam-macam lagilah yang perlu saya terima respon daripada sahabat-sahabat yang saya kasihi. Ini jawapan daripada saya. Memang kalau nak diikutkan saya juga tiada masa untuk buat semua ini. Memang pada zahirnya, orang memandang saya tengah buang masa dengan berblog. Sedangkan, telah ramai sahabat seangkatan yang memiliki blog dan pelbagai ilmu dan manfaat dapat diperolehi dari blog mereka jika nak dibandingkan dengan blog saya yang serba dha’if ini.

Tapi, saya sedar..saya juga mempunyai tanggungjawab dalam hidup ini. Saya harap sangat agar dapat memberi manfaat kepada diri-sendiri dan orang lain dengan berkongsi sedikit sebanyak daripada hal-hal yang saya tahu, atau saya perolehi, Menyampaikan dakwah adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar Muslim.
“Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah”.

Saya akui, saya di antara orang-orang yang sering terlalai dan terleka dalam aspek pengurusan masa. Amat susah untuk menguruskan masa dengan baik. Banyak tanggungjawab yang perlu digalas dengan sebaiknya, yang menuntut kepada natijah daripada kualiti dan kuantiti yang terbaik. Allah ta’ala menganugerahkan masa 24 jam untuk setiap orang, tidak ada lebih dan kurangnya. Bergantung kepada kita sendiri untuk mengatur masa dan rutin harian kita.

Benarlah ada pepatah yang mengatakan '
Masa adalah kehidupan'. Hasan al-Basri juga mengatakan: "Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah himpunan beberapa hari, apabila berlalu pergi sebahagian hari maka sebahagian dari diri kamu juga berlalu pergi".

Perkara ini juga terkandung dalam kitabullahil ’aziz iaitu al-Qur’aanul kariim yang mengingatkan tentang dua pendirian insan yang menyesal kerana membuang waktu, dan tiada gunanya lagi sesalan.

PENDIRIAN PERTAMA:

Pada saat menjelang ajal, ketika seorang insan hampir meninggalkan dunia ini dan menuju ke alam akhirat, dan ia mengimpikan sekiranya diberikan secebis dari waktu dan ditundakan sedikit ajalnya untuk dia memperbaiki amalan buruknya dan mendapatkan kembali apa yang telah lenyap. Maka hal ini telah dirakamkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam
surah al-Munafiqun ayat 10 yang bermaksud:

“
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada nengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ”Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh.”

Jawapan bagi angan kosong ini pastinya telah tercatat dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam
surah al-Munafiqun ayat 11 yang membawa maksud:

"
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan."


PENDIRIAN KEDUA:

Pada alam Akhirat, setiap jiwa akan diberikan ganjaran mengikut amalannya dan dibalas apa yang ia lakukan, ahli syurga akan memasuki syurga dan ahli neraka akan memasuki neraka. Ahli neraka mengimpikan ingin kembali sekali lagi kepada kehidupan yang penuh dengan tugasan. Mereka ingin memulakan semula amalan soleh. Permintaan mereka ini terlalu mustahil untuk ditunaikan. Zaman beramal telah berakhir, tiba pula zaman balasan atau yaumul hisab.

Allah ta’ala berfirman dalam
surah al-Fathir ayat 36 dan 37 yang bermaksud:

“
Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya. Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang pernah kami kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran, oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.”


Mereka kematian hujah dengan soalan yang membuntukan akal mereka dan dengan ini mereka tidak menemui jawapan lagi. Allah subhaanahu wa ta’ala tidak akan menerima sebarang alasan keuzuran setelah Allah memberikan setiap insan yang mukallaf peluang yang mencukupi untuk melaksanakan amalah yang telah diperintahkan.

Sama-samalah kita renungkan. Adakah kita tergolong daripada golongan yang beruntung atau golongan yang rugi?? Sama-sama kita muhasabah diri dan menghargai setiap saat yang Allah anugerahkan. Selagi Islam bergalas di bahu, selagi iman dan taqwa menjadi penyelamat, selagi nadi belum berhenti denyutannya. Sekian saja daripada saya buat renungan bersama ini. Terima kasih kerana meluangkan waktu untuk sama-sama beroleh manfaat.

[Dipetik dari buku
Nilai & Pengurusan Waktu dalam Hidup Muslim: Medium Pengislahan Diri oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm.35-38]








33 Pasangan Kahwin Serentak


PENGANTIN bergambar beramai-ramai sempena mahlis pernikahan
berama-ramai Peringkat negeri Johor 2009 di Masjid Sultan Abu Bakar
pada 20 Disember 2009 bersamaan 03 Muharam 1431H.


Sempena sambutan Maal Hijrah 1431, 33 pasangan pengantin baru selamat melangsungkan perkahwinan secara beramai-ramai dalam satu majlis perkahwinan istimewa yang diadakan di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pada 20 Disember 2009.

Majlis perkahwinan yang dianjurkan kali kedua itu juga unik kerana turut membabitkan 13 pasangan Orang Asli selain pengantin dari luar negeri Johor serta saudara baru yang memeluk Islam.

Pengarah Jabatan Agama Johor (Jaj), A Rahman Jaffar, berkata kepelbagaian latar belakang pengantin itu sebenarnya memberi peluang dan ruang kepada pihaknya untuk melebar dan meluaskan jaringan dakwah selain penerapan syiar Islam kepada masyarakat bukan saja di negeri ini, malah juga di negeri lain.

“Justeru, program ini juga dilihat secara langsung menyahut seruan 1Malaysia seperti yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali gus ia diharap menyemarakkan lagi institusi dalam hubungan kekeluargaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Negeri Johor 2009 di Kompleks Islam Johor bertemakan ‘Hijrah Insaniah’ itu yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu. Ia dianjurkan Jaj dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (Maij) dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor.

A Rahman berkata, setiap pasangan hanya dikenakan bayaran minimum RM500 dan perbelanjaan keseluruhan mencecah RM20,000 termasuk kos jurunikah, pakaian pengantin, andaman, rakaman video, fotografi, pe-lamin dan jamuan.

“Sambutan baik apatah lagi tujuan majlis ini diadakan untuk membantu urusan pernikahan serta mengurangkan beban berkahwin dengan menyediakan kos yang minimum kerana kita sedia maklum ada di kalangan kita berdepan dengan ketidakseimbangan ekonomi dan kos sara hidup tinggi, ” katanya.

Pasangan pengantin Orang Asli, Mohammad Iman Majid, 22, dan Nur Ai-syah Abdullah,19, bersyukur kerana dapat menjadi antara pasangan pengantin yang diijabkabulkan menerusi program berkenaan selain dapat meringankan beban mereka.

Mohammad Iman berkata, beliau gembira kerana hasrat untuk memperisterikan Nur Aisyah termakbul apatah lagi kehidupan mereka sebagai nelayan tidak memudahkan untuk membuat urusan perkahwinan disebabkan faktor kewangan yang tidak menentu.

“Saya menganggap rezeki bergelar pengantin baru berkat memeluk Islam kira-kira dua tahun lalu manakala isteri pula bergelar saudara baru sejak lima tahun lalu, sekali gus melengkapkan impian kami untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat.

“Justeru, saya bercadang untuk membawa isteri mengelilingi lautan yang menjadi sumber rezeki kami menangkap ikan sebagai hadiah untuk bulan madu perkahwinan kami,” katanya yang berasal dari Kampung Bakar Batu di Permas Jaya di sini.

Salam Ma'al Hijrah 1431H

Sabtu, 19 Disember 2009


Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya dapat lagi untuk saya menghidupkan ruangan blog ini setelah hampir sebulan saya menyepi. Hari ini 19 Disember 2009 bersamaan dengan 2 Muharam 1431H. Salam ma’al hijrah buat seluruh umat Islam. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.

Apabila menyebut tentang hijrah atau tahun baru Islam, lazimnya kita tidak akan lari dari menyebut atau menyingkap kembali lembaran sirah Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama sahabat muhajirin, berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Peristiwa hijrah ini merupakan lambang penyatuan umat di dunia demi agama Islam yang tercinta. Selain itu, bahang sambutan ma’al hijrah dihangatkan lagi dengan menyebut tentang membetulkan niat, memperbaiki sikap dan amalan, memperbaharui azam, mengeratkan hubungan persaudaraan dan perpaduan, dan seumpamanya. Ayuh kita mengenang kembali hadis nabi saw.

Malahan, setiap tahun dapat dilihat sambutannya di Malaysia, pelbagai tema atau slogan silih berganti bagi menghidupkan penghayatan terhadap rentetan peristiwa hijrah junjungan besar kita baginda s.a.w bersama para sahabatnya. Di samping itu, aktiviti-aktiviti ilmiah seperti ceramah, kuliah, konsert nasyid telah diadakan bagi mengajak umat Islam khususnya dan amnya kepada seluruh rakyat bagi bersama-sama menyelami, merenungi dan menghayati hikmah di sebalik peristiwa hijrah agar dapat dijadikan pedoman hidup.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a, kata beliau, “ Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Hanyasanya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat. Hanyasanya untuk setiap orang apa yang dia niatkan. Oleh itu sesiapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah tujuan dia berhijrah tersebut."

(Riwayat al-Bukhori dan Muslim)

Hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya niat. Segala amalan yang hendak dilakukan mestilah didahului dengan niat. Selain itu, niat juga berkait rapat dengan kewajiban hijrah. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam Kitab al-Qur’an dalam surah an-Nisa’ ayat 100, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Sempena tahun baru 1431H ini, sama-samalah kita membetulkan niat kita kembali. Ingatlah asal-usul kita, tujuan kita wujud di atas dunia pinjaman ini, tanggungjawab dan peranan yang sedang digalas. Marilah perbaharui azam dan tekad kita untuk berhijrah dari sikap negatif kepada positif, dari kejahilan kepada keilmuan, dan dari kebatilan kepada kebenaran.

Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan disini, di mana lagi? Renung-renungkanlah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."


( Surah Luqman ayat 34)

Berubahlah sebelum terlambat, jangan sampai Maut hadir menjemput baru kita nak bertaubat. Mati tak mengira usia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
(Surah al-Anbiya’ ayat 35)

Marilah kita sama-sama berhijrah. Sama-sama berhijrah dan berjihad di jalan Allah dalam menegakkan dan mempertahankan agama Islam yang tercinta. Tautkanlah dan satukanlah hati-hati kita dalam meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W serta mengembalikan kegemilangan Islam.

"Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezki."
(surah al-Haj ayat 58)


Begitu juga dalam surah al-Anfaal ayat 72 Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain ‘lindung-melindungi’. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

‘Lindung-melindungi’ bermaksud orang Muhajirin dan Orang Ansar nenjalinkan ikatan persaudaraan yang sangat teguh untuk membentuk masyarakat yang baik. Demikianlah keteguhan dan keakraban mereka itu sehingga pada permulaan Islam mereka waris-mewarisi seakan-akan mereka bersaudara kandung.

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta