Bagaikan kejutan elektrik

Selasa, 21 Jun 2011





Assalamualaikum..bersyukur dengan limpahan rahmat kasih-Nya, dapat juga berpeluang berceloteh disini pada kali ini. Hari ni masuk minggu ke-5 saya berkhidmat di SMK Pengkalan Chepa (2)..bermakna dah sebulan lebih bergelar pendidik.

Jika dulu, saya agak teragak-agak apabila ditanya oleh guru saya tentang 'apakah yang nak saya jadi apabila besar nanti?'..dengan teragak-agaknya saya menjawab..'saya nak jadi guru'... namun jauh, di sudut hati saya berkata "boleh ke aku nak jadi guru..cam tak layak je.'

Huhu..alhamdulillah, sedar tak sedar..cita-cita saya akhirnya tercapai.. saya sudah memilih jalan ini pada mula-mula saya mengisi borang UPU dahulu dan meletakkan bidang Pendidikan Islam di UPSI sebagai pilih pertama saya. Setelah melalui beberapa peringkat penapisan seperti Medsi, temuduga, semester satu sehinggalah saya semester tujuh kini..banyak yang saya pelajari dari realiti kehidupan ini.

Dan hari ini, setiap hari fikiran saya ligat memikirkan keadaan anak-anak didik saya..mencari jalan terbaik dalam proses mentarbiah mereka di samping dapat memuhasabah diri saya yang masih terlalu lemah ini..benar, mujahadah itu terlalu pahit untuk ditelan..aplikasi sabar juga terlalu sukar...

Melihat kerenah anak-anak didikku yang pelbagai ragam..menaikkan rasa amarah, kerisauan yang membuak-buak terhadap mereka..Bayangkanlah, setiap kali saya masuk..mere buat tak endah je..seolah-olah saya tidak wujud dalam kelas tersebut..sehinggakan saya terpaksa 'merasuah mereka dengan sebungkus gula-gula.' hem, barulah mereka nak dengar kata.

Berpeluang mengajar pelajar tingkatan dua begitu mencabar imanku..mencabar kesabaranku..benar kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab bahawasanya : "Didiklah anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang..kerana mereka telah dijadikan oleh Allah untuk zaman yang bukan zaman engkau." 

Mendidik anak-anak sekarang..bukan seperti mendidik anak-anak pada zaman terdahulu, perlu mengikut keadaan semasa..Bagaimanakah caranya???? saya pun masih mencari kaedah yang berkesan...


Latihan Ilmiah:Pemikiran Fathi Yakan terhadap Isu Berbilang Jama'ah

Isnin, 6 Jun 2011



Assalamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya..saya berpeluang berceloteh di dalam teratak ukhuwwah saya ini yang diberi nama ‘Cinta Teragung’..

Sudah lama saya berhajat dan berkeinginan untuk berbicara mengenai Ta’adud Jama’ah’ atau berbilang jama’ah. Sehinggakan hati terdorong untuk membuat kajian dengan lebih terperinci berkaitan dengan isu ini yang dikatakan makin menular dalam kalangan gerakan Islam pada abad ini.

Pada semester yang lepas, iaitu ketika saya berada pada semester ke-enam. Kami dikehendaki supaya menyediakan kertas cadangan atau proposal bagi latihan ilmiah kami. Seperti yang telah diketahui, saya dari bidang Pengajian Islam dikehendaki untuk memilih salah satu tajuk yang berkaitan dengan bidang Pengajian Islam seperti bidang Pendidikan, Usuluddin, Syariah, Muamalat, Fiqh Munakahat, dan sebagainya. Saya telah memilih bidang Usuluddin atau pemikiran Islam.

Pada minggu pertama, Pensyarah saya iaitu Dr. Ibrahim bin Hashim telah menjelaskan secara umum tentang kaedah yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan proposal dan beliau memberikan kami tempoh masa selama seminggu untuk mencari tajuk yang ingin kami kaji. Sudah tentulah, pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanya bermain di benak fikiran saya adalah isu Berbilang Jamaah. Semangat yang berkobar-kobar untuk mengkaji isu ini mendorong saya untuk menemui beliau selepas waktu kuliah berakhir dan menunjukkan tajuk cadangan saya iaitu ‘Kepelbagaian Jama’ah dalam kalangan Mahasiswa IPTA.’

Beliau menolak tajuk cadangan saya kerana merasakan saya tidak mampu untuk mengkaji tajuk ini. Memang tidak dinafikan kekecewaan dan kempunan yang membuak-buak. Namun, hati tetap redha dengan penolakan ini dan saya tidak berputus asa. Otak masih ligat mencari tajuk yang sesuai, sehingga lisan terkumat-kamit seorang diri seperti orang tak betul lagak saya ketika itu. Jalan dah peduli orang sekeliling, yang penting saya dapatkan tajuk kajian dalam masa terdekat. Alhamdulillah, Allah memberi ilham kepada saya untuk mengkaji tentang Pemikiran Tokoh Islam iaitu Dr. Fathi Yakan. Dan tajuk yang menjadi pilihan saya adalah : ‘Pemikiran Fathi Yakan melalui Kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam.’

Pada hari seterusnya, saya menemui beliau lagi buat kali ke-2 dengan harapan salah-satu tajuk-tajuk yang saya kemukakan akan diterima oleh beliau. Seingat saya, sebanyak enam tajuk saya tunjukkan kepada beliau dan tajuk ‘Pemikiran Fathi Yakan melalui Kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam.’.saya letakkan pada no.1 dalam senarai. Beliau agak tertarik dengan tajuk tersebut dan sempat berkata kepada saya :”tajuk ni masih agak luas, sebenarnya awak boleh fokuskan kepada topik yang lebih kecil..awak nak kaji tentang apa?.” Dan spontan saya jawab (dengan penuh yakinnya) :” saya nak kaji tentang harakah Islam.” Beliau terus mencadangkan kepada saya :”jika begitu, baik awak kaji tentang ‘Pemikiran Fathi Yakan terhadap Metodologi Gerakan Islam’ .” Sepantas kilat, saya bersetuju dengan cadangan tersebut dan membuat kajian ‘Literature Review’ di Perpustakaan UPSI, UKM dan UM serta buku-buku tulisan beliau.

Beberapa minggu selepas itu, saya baru berkesempatan bersemuka dengan pensyarah yang menyelia latihan ilmiah saya iaitu Ustazah Wahibah Binti Thahir. Beliau melihat tajuk saya dan memberikan respon yang baik dengan mengatakan :” Tajuk enti ni masih terlalu besar untuk dikaji. Metodologi Gerakan Islam. Apa yang enti faham dengan metodologi?enti kena jelas tajuk yang nak dikaji.” Uhhuu..nak luruh jantungku dengar. Hampir lemah seluruh anggota ketika itu..sabarlah duhai hati..pasti ada hikmah-NYA. Sesungguhnya di sebalik kesukaran itu akan diganti dengan kesenangan kelak.

Akhirnya, Beliau mencadangkan supaya saya mengkaji tentang ‘Pemikiran Fathi Yakan terhadap Isu Berbilang Jama’ah dan Pengaruhnya dalam Gerakan Islam di Malaysia.’ Di samping itu, beliau memberikan gambaran serba sedikit tentang isu-isu yang mesti saya titikberatkan dalam kajian saya ini nanti. Alhamdulillah pencarian dan penentuan tajuk ini berakhir apabila tajuk terbaru saya ini telah diterima baik oleh Dr.Ibrahim bin Hashim..Saya akan memanfaatkan kesempatan yang telah diberikan oleh Allah ini kepada saya untuk merungkai segala persoalan saya dan juga ummah.

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur