Sama Tapi Tak Serupa

Jumaat, 28 Mei 2010
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya serta para sahabatnya.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya memberi ruang waktu untuk saya kembali membiarkan jari-jemari ini lincah menekan papan kekunci komputer riba ini untuk menghasilkan sedikit santapan minda buat tatapan bersama.

” Sama Tapi Tak Serupa” merupakan tajuk pilihan saya kali ini memandangkan saya sendiri yang mengalami situasi yang sedemikian. Semenjak cuti semester ini, saya baru berpeluang untuk mengaktifkan diri saya dengan salah satu laman web sosial yang sangat terkenal masa kini iaitu laman FACEBOOK. Disini, saya telah menemui dua orang yang terkeliru dengan nama saya.

SITUASI PERTAMA:


Miss A : Salam..boleh saya tahu siapa nama sebenar awak?
Berkerut kening saya,dalam hati tertanya-tanya: (dia tak nampak ke nama penuh aku tu?)
Maka, dengan sopan saya menjawab:
Saya: Saya Nasuha Ibrahim.
Miss A : Oh..maaf, saya cari Iza Nasuha Ibrahim. Sepupu saya yang hilang. Awak asal dari mana?
Saya : Iza Nasuha Ibrahim? Wah..nama yang hampir sama..Cuma pangkal namanya Iza. Saya asal Kelantan.
Miss A : Oh..sepupu saya tu asal Perak.
SITUASI KEDUA : Mr. F : Hang dah kawen?
Saya : Belum.
Mr.F : Hang dengan orang Penang tu lagi ke? Ke dah ada orang lain?
Saya : Saya tak ada kawan dari Penang. Saya rasa ustaz dah salah orang.
(agak terkejut juga saya apabila ustaz tu membahasakan diri aku, hang dengan perempuan..tapi tak apalah memandang umurnya lebih lama daripada saya)
Mr.F : Oh..maaf, i ingat u guru yang mengajar kat sekolah i..dia asal Kelantan juga.
Saya :Oh..tak apa..patutlah ustaz bahasakan diri macam tu..rupanya salah orang.

Kedua-dua situasi tersebut telah membawa saya kepada satu kisah yang pernah diceritakan oleh pensyarah saya semasa menghadiri kuliah Kajian Teks: Al-Qur’an dan al-Hadith. Beliau memaparkan kisah ini dalam bentuk powerpoint. Agak terpegun kami sekelas mendengarkan kisah tersebut. Sangat menakjubkan persamaan nama tersebut.

Telah diceritakan oleh Abu al-Farj al-Mu`afi bin Zakaria al-Nahrawani. Kata beliau:

"Pada satu tahun saya menunaikan haji dan ketika di Mina saya terdengar seorang yang memanggil, wahai Abu al-Farj. Sayapun berkata, mungkin dia mencari saya. Kemudian saya terfikir, ramai lagi orang yang dikunyahkan dengan Abu al-Farj maka saya tidak menyahut.





Kemudian saya mendengar orang itu memanggil Abu al-Farj al-Mu`afi. Lalu saya ingin benar untuk menyahut kemudian saya terfikir ada ramai lagi yang dipanggil Abu al-Farj al-Mu`afi maka saya tidak menjawab.



Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar lalu sayu tidak menjawab.



Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar al-Nahrawani. Maka sayapun perkata tidak syak lagi tentu dia memanggil saya kerana dia telah menyebut kunyah saya, nama saya, nama ayah saya dan negeri saya. Lalu saya berkata kepadanya, sayalah orang itu, apa yang anda perlukan?



Lalu dia bertanya agaknya anda datang dari Nahrawan Timur. Maka saya menjawab, ya.



Maka dia berkata, kami mahukan Abu al-Farj al-Mu`afi dari Nahrawan Barat. Lalu saya merasa amat kagum dengan kesamaan itu.”


(Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 155)

Terima Kasih Guru

Sabtu, 15 Mei 2010

 

Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur