Kisah Pen Merah

Selasa, 23 Februari 2010
Inilah antara pen yang terpaksa beli baru..hehehe

KISAH PEN MERAH

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh..hari ini hari Isnin bertarikh 22 Februari 2010 bersamaan 08 Rabi’ul awwal 1431 H. Agak lama juga membiarkan laman blog ini dipenuhi sawang-sawang yang berkeliaran tanpa sempat di update atau dimuatkan dengan entry2 terbaru. Hari ini ada satu kisah yang agak menarik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Agar ia dapat menghiburkan hati kalian dan mengambil sedikit pengajaran dari kisah saya ini.

Maka bermulalah alkisah..


Pada satu pagi yang hening...jeng..jeng..jeng..(suspenla pulak)..Pada kira-kira jam 9.10 pagi..tuk..tuk..saya mengetuk pintu Dewan Kuliah H (DKH). Sebenarnya kelas bermula pukul 9pagi..tapi saya masuk kelas agak lewat pagi ini kerana bas tinggal saya..(diri-sendiri yang lewat, salahkan bas pulak..hu2), maka masuklah saya dengan muka ala-ala tak bersalahnya..sempat lagi memberikan salam :Assalamualaikum.. kepada Dr. Esmat dan sahabat-sahabat yang berada dalam kuliah tersebut..sambil tersenyum kambingnya..selamba jer saya saya masuk. Fuh, nasib baik dukturoh baik..saayang dukturoh.

Agak terpinga-pinga jugak apabila tengok kedudukan sahabat-sahabat masa tu..duduk jauh-jauh..dalam hati ni sempat terdetik: ish..cam ada imtihan je..maka, saya ambil tempat duduk saya. Satu hal yang paling saya tak suka, masuk kelas lebih lewat daripada orang lain..kalau ada geng tak apa jugak..ni tak..saya seorang je yang terkebil-kebil. Nak dijadikan cerita..saya tertinggal Pencil Box saya kat rumah saya (nun jauh di negeri kelantan)..masuk kuliah dengan tanpa sebatang pen pun..tup..tup..ada imtihan pulak..(mampus aku kali ni)..

Apalagi..mulalah gelabah cari pen..tanya kawan-kawan..malangnya, semua bawa sebatang pen je masuk kuliah..hahaha..dah mati kutu dah masa tu.. saya masih sibuk tanya kawan-kawan pasal pen..last-last dapat jugak pen merah..masih tak putus asa ni..cuba bertanya pula kepada kawan-kawan yang lain..malang tak berbau..dukturoh nampak telatah kami..terus kena tegur dan diarahkan supaya kami jarakkan lagi kedudukan kami..mungkin dia ingat kami nak meniru..hehe..

Akhirnya, tinggallah saya bersendirian dengan perasaan yang bercampur-baur..serba-salah..dalam hati ni..bermonolog sendirian..ish..takkan aku nak guna pen merah ini nak jawab imtihan..tak pernah-pernah pun dalan idup aku jawab soalan guna pen merah..memang gawat masa tu..sampai tak boleh fokus nak jawab soalan..namun..diteruskan juga menjawab soalan dengan menggunakan pen merah tadi tu dengan perasaan yang penuh bersalahnya. Tawakkal je hantar soalan tu apabila minta dikutip.


Hari ni pula, 23/2/2010..saya memberanikan diri untuk minta maaf dengan dukturoh pasal ni..Alhamdulillah dukturoh maafkan..tapi sebelum dia maafkan tu..memang kena bersoal jawablah dengan dia dulu..muka dah terasa panas dah, sebab cakap arab tergagap-gagap..takut salah sebenarnya..hehe..

Tawakkaltu ’alallaah.. :D

PENGAJARANNYA:


Sebelum nak pergi ke mana-mana tu..periksa betul-betul barang-barang yang nak dibawa.Sediakan senarai barang yang nak dibawa..periksa 2..3.. kali..kita ini manusia..tidak terlepas daripada sifat pelupa.

Seminar Cerdik Huffaz

Jumaat, 5 Februari 2010

SEMINAR CERDIK HUFFAZ


Tarikh:

7/ 2/ 2010
bersamaan
22 safar 1431H

Hari:
Ahad

Masa:
8.00am - 1.00pm
Yuran:
RM 3
Tempat:
Auditorium Utama UPSI

PENCERAMAH JEMPUTAN:
1) Ust. Mohamad Marzuki bin Abdul Rahim
(Pensyarah Jabatan Al-Quran, Darul Quran)
2) Ust. Shaharuddin bin Saad
(Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS)

Anjuran:
Jabatan Pengajian Islam

Dengan Kerjasama:
Pusat Islam dan Persatuan Pendidikan Islam UPSI.

P/S: Pengangkutan disediakan

Penyertaan diwajibkan kepada semua Major Pendidikan Islam
dan
dialu-alukan kepada pelajar Minor Pendidikan Islam
dan
seluruh mahasiswa/i UPSI.


Untuk keterangan lanjut,

sila hubungi:
0194499493 (faizah)
0194429368 (nasuha)

Zikrullah

Photobucket

Jom Berhibur

Kalimah Cinta